awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus - Bomba

Bernama
Bernama
26/09/2021
13:24 MYT
Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus - Bomba
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini hari ini.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.
"Pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4x5 kaki itu (1.2 meter x 1.5 meter) " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya juga turut menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat dengan paras air setinggi 1.2 meter di Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, dekat sini sekitar 5.09 petang tadi .
Namun katanya tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun tercedera dengan dalam banjir kilat itu dan hujan juga sudah mulai reda.
"Keadaan air di kawasan itu juga kini juga sudah mulai surut dan terkawal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan
#dikhuatiri lemas
#terjatuh longkang
#Jalan Bunga Tanjung
#Kampung Baru Hicom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan