awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas di Tasik Banding

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/01/2024
08:21 MYT
Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas di Tasik Banding
Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas. -Gambar hiasan
GERIK: Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai lemas ketika bermain air bersama rakan di tempat letak bot, Jeti Mat Shah, Pulau Banding, dekat sini, pada petang Sabtu.
Mangsa yang berusia sembilan tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 8.20 malam tadi.
Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, anggota dari Balai Polis Bersia telah ke lokasi kira-kira jam 9 malam.
“Pemeriksaan luaran badan mangsa dan sekitar tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya lagi, menurut bapa mangsa, seorang pekerja Pulau Banding berumur 40 tahun, kira-kira jam 6 petang, mangsa bermain air bersama rakan di tempat letak bot Jeti Mat Shah.
“Lebih kurang pukul 6.30 petang, dia mendapati anaknya telah hilang dan berusaha mencarinya bersama rakan-rakan.
“Lebih kurang pukul 6.50 petang, anaknya telah ditemui berhampiran rumah bot Mat Shah dalam keadaan lemas di dasar tasik pada kedalaman 2 meter dan terus menghubungi pihak Hospital Gerik," kata Zulkifli.
Pemeriksaan oleh pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat dibawa ke unit forensik untuk tindakan lanjut.
Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas, kata Zulkifli.
Tambahnya, pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tidak menjumpai apa-apa kecederaan lain atau sebarang unsur jenayah.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Topic Berkaitan
#Pulau Banding
#kanak-kanak perempuan
#Jeti Mat Shah
#tasik banding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan