awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan

Bernama
Bernama
15/09/2020
07:44 MYT
Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Pembantu Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah Kuala Terengganu, Mohd Adib Abdullah (kanan) melekatkan notis kawasan larangan kepada orang ramai di kandang kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis. - Foto Bernama
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu hari ini mengisytiharkan kandang kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis di Kampung Banggol Katong dekat Serada di sini, sebagai kawasan larangan kepada orang ramai.
Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata langkah itu dikuatkuasakan mengikut Akta Binatang 1953 (Akta 647) yang hanya membenarkan pemilik kandang memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.
"Ini prosedur operasi standard (SOP) jabatan dalam memastikan tiada sebarang pergerakan keluar masuk orang ramai atau kenderaan ke kandang tersebut kerana ia mendatangkan risiko jangkitan kepada haiwan ternakan di kawasan lain.
"Kandang ini ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga masalah wabak hawar berdarah ini selesai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama ke kandang tersebut mendapati proses menanam bangkai kerbau yang mati, masih dilakukan.
BACA: Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
BACA: Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan?
Pegawai veterinar berbincang bersama Muhammad Syukur Khamis, 15, (kanan) atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ ketika memeriksa kerbau yang sedang nazak ketika tinjauan di Kampung Banggol Katong hari ini. - Foto Bernama
Pegawai veterinar berbincang bersama Muhammad Syukur Khamis, 15, (kanan) atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ ketika memeriksa kerbau yang sedang nazak ketika tinjauan di Kampung Banggol Katong hari ini. - Foto Bernama
Muhammad Syukur berkata lima lagi kerbaunya mati pagi ini, manakala enam dikesan mempunyai simptom yang agak kritikal.
"Pagi tadi lagi sedih sebab saya nampak ada anak kerbau yang baru berusia sebulan masih menyusu dari ibunya yang sudah mati....tak tahu macam mana nak gambarkan perasan sedih dan sebak tu.
"Buat masa sekarang, kami berharap sangat dapat cari jalan untuk selamatkan kerbau yang masih sihat," katanya.
Sementara itu, bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64 berkata pihaknya buntu bagaimana hendak mengasingkan kerbau yang masih sihat seperti disarankan JPV Terengganu kerana kekangan tempat dan masa.
"Sukar untuk saya kuarantin kerana tiada tempat sesuai, tambahan pula ini kandang terbuka....kerbau ini pula tidak boleh terdedah dengan cuaca panas, ia akan tetap merempuh pagar yang ada untuk pergi ke kawasan sawah berdekatan.
"Saya berharap sangat agar kerbau yang masih sihat ini boleh diselamatkan dengan kepakaran dan kemahiran JPV, namun sekiranya tidak (berlaku lebih banyak kematian), saya reda dengan takdir Allah," katanya.
Semalam, media melaporkan sebanyak 36 kerbau milik keluarga Muhammad Syukur, 15, yang terkenal dengan jolokan 'Mowgli Malaysia' atau 'Kampong Boy' itu, mati secara berperingkat sejak Rabu lepas dipercayai akibat penyakit hawar berdarah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#budak kerbau
#hawar berdarah
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#kawasan larangan
#keluarga
#kerbau mati
#Kuala Terengganu
#Malaysia
#Mowgli Malaysia
#operasi
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan