awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji tebal perangkap kenderaan, penduduk terkandas di Rusia
Ghislaine Maxwell akan beri keterangan kepada Kongres AS dalam siasatan Epstein
Platform global iktiraf Gobind antara 100 pemimpin AI kerajaan terbaik di dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kandang lembu jadi transit dadah, pemilik berisiko jadi 'orang tengah'

Bernama
Bernama
16/07/2025
02:15 MYT
Kandang lembu jadi transit dadah, pemilik berisiko jadi 'orang tengah'
Nik Ros Azhan berkata 20 kilogram dadah ditemui disembunyikan dalam najis lembu di kandang milik suspek di Banggol Chica, Pasir Mas. - Foto fail/BERNAMA
PASIR MAS: Kandang lembu di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand kini dipercayai menjadi transit sindiket dadah yang membuatkan pemilik kandang terdedah kepada risiko dijadikan sebagai 'orang tengah' sindiket.

Ringkasan AI
  • Risikan mendapati sindiket dadah menyeludup bahan terlarang melalui lembu dan kambing di sempadan Kelantan-Thailand, menjadikan pemilik kandang berisiko dijadikan 'orang tengah'.
  • Serbuan polis berjaya merampas 35.4kg pil kuda, termasuk 20kg yang disorok dalam najis lembu di Pasir Mas.
  • Lebih 80,000 haiwan dirampas sepanjang tahun, PGA beri amaran tegas kepada pemilik kandang dan terus memperketat pemantauan di kawasan sempadan.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata walaupun tiada siasatan rasmi setakat ini yang membuktikan pemilik kandang terlibat secara langsung, laporan risikan mendapati ada indikasi dadah diseludup bersama lembu atau kambing dalam rangkaian logistik kandang.
"Kita beri amaran bahawa ramai pemilik kandang ternakan berdekatan sempadan berisiko menjadi 'orang tengah' sama ada secara sukarela kerana terpengaruh dengan keuntungan besar mahupun kerana dipaksa oleh sindiket.
"Sindiket dipercayai menggunakan kandang seperti di Kampung Tualang dan Simpangan, Tumpat serta Kampung Kubang Pak Itam, Jeram Perdah dan Tok Deh, Pasir Mas," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama polis Kelantan berjaya merampas 35.4 kilogram pil kuda bernilai lebih RM5 juta dalam enam serbuan di Pasir Mas dan Tumpat.
Menerusi serbuan itu, 20 kilogram dadah ditemui disembunyikan dalam najis lembu di kandang milik suspek di Banggol Chica, Pasir Mas.
Nik Ros Azhan berkata dari Januari hingga 30 Jun lepas, PGA telah merekodkan 34 kes penyeludupan haiwan ternakan dengan 39 tangkapan serta melibatkan rampasan 818 haiwan iaitu 274 lembu, 18 kerbau serta 526 kambing biri-biri.
Sepanjang 2024 pula, beliau berkata PGA merekodkan 47 kes dengan 56 individu ditangkap dan 80,755 haiwan dirampas termasuk ayam (80,025), lembu (385), kambing biri-biri (340) dan kerbau (5).
"Hasil pemeriksaan anggota PGA di beberapa pangkalan haram turut menemukan tali untuk menambat lembu di batang pokok, selain kesan najis dan tapak kaki lembu di tebing sungai.
"Difahamkan, selepas bilangan lembu mencukupi haiwan itu akan diheret sejauh dua hingga tiga kilometer dari tebing sungai ke kandang haram sebelum dimuatkan ke dalam lori untuk dihantar ke lokasi tertentu," katanya.
Beliau menegaskan PGA akan terus memperketatkan pemantauan dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti ada pemilik kandang bersubahat dalam kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan lembu atau kambing sebagai 'perisai'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#kandang lembu
#orang tengah
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan