awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC periksa premis, sita telefon bimbit dan kad SIM, siasat kandungan Facebook berunsur 3R

Bernama
Bernama
10/05/2025
07:32 MYT
MCMC periksa premis, sita telefon bimbit dan kad SIM, siasat kandungan Facebook berunsur 3R
Menurut MCMC, pemeriksaan dilakukan selepas memperoleh waran geledah dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memeriksa premis milik seorang individu bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya dan menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memeriksa premis seorang individu dan menyita telefon bimbit serta kad SIM bagi melengkapkan siasatan terhadap kandungan Facebook yang dipercayai berunsur 3R (agama, kaum, Institusi Diraja).
  • Individu tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 AKM 1998, yang memperuntukkan kesalahan berkaitan penyebaran kandungan sumbang, jelik, palsu, atau mengancam, dengan niat untuk mengganggu atau menyakitkan hati pihak lain.
  • Pemeriksaan dilakukan selepas memperoleh waran geledah dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan turut dijalankan di Balai Polis Pudu sebagai sebahagian daripada proses siasatan menyeluruh.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sitaan itu bertujuan melengkapkan siasatan melibatkan kandungan yang dimuat naik melalui akaun Facebook individu berkenaan, yang dipercayai mengandungi elemen jelik melampau berunsur 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja).
MCMC berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang memperuntukkan kesalahan berkaitan penyebaran kandungan lucah, sumbang, palsu, jelik melampau atau mengancam, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.
Pemeriksaan dilaksanakan selepas MCMC memperoleh waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut peruntukan Seksyen 247 AKM 1998.
"Selain itu, sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan telah diadakan di Balai Polis Pudu pada 9 Mei lepas. Terdahulu, individu terbabit turut hadir ke Ibu Pejabat MCMC bagi memberikan keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan," menurut kenyataan itu.
MCMC berkata tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah AKM 1998, dan orang ramai dinasihatkan untuk memberikan ruang agar siasatan dapat dilengkapkan dengan telus dan menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#memeriksa premis milik seorang individu
#sita telefon
#kandungan berunsur 3R
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami