Teknologi baru bagi pembedahan kanser paru-paru kini boleh didapati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), yang menawarkan pembedahan kurang menyakitkan, kos efektif, dan tempoh rawatan di wad hospital yang lebih singkat.
Perunding Pakar bedah Kardiotorasik PPUM dan UMSC Dr Sivakumar Krishnasamy berkata teknologi baru yang dikenali sebagai "Uniportal 'Video-Assisted Thoracoscopic Surgery' (VATS)", adalah teknik yang membolehkan pesakit kanser itu membuat pembedahan kecil yang kurang menyakitkan berbanding pembedahan konvensional.
"Kami dapati teknik ini (Uniportal VATS) kurang meyakitkan bagi para pesakit, malah mereka boleh sembuh lebih pantas dan boleh memulakan rawatan berikutnya dengan lebih awal.
"Ia hanya pembedahan melibatkan satu insisi kecil kira-kira tiga sentimeter, dan dengan latihan yang cukup, semua peralatan perlu, boleh melaluinya," katanya.
Dr Sivakumar berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pakar bedah torasik terkemuka dunia Dr Diego Gonzales Rivas, yang mengiktiraf PPUM sebagai pusat latihan Uniportal VATS Masterclass Malaysia di sini pada Selasa.
Turut hadir di majlis itu ialah Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin dari PPUM.
Katanya pesakit hanya perlu berada di hospital untuk dua atau tiga hari, berbanding tempoh seminggu yang diperlukan untuk pembedahan konvensional kanser paru-paru.
"Biasanya dengan pembedahan konvensional, pesakit terpaksa menahan sakit selama beberapa hari, di mana mereka mungkin merasa tidak selesa, dan kemungkinan besar boleh membawa kepada jangkitan kanser, dan akhirnya mengakibatkan tempoh rawatan di hospital menjadi lebih panjang.
"Bagaimanapun dengan Uniportal VATS, semua komplikasi ini dapat diminimumkan kerana tidak ada rusuk yang terseliuh, tidak ada pendarahan otot, insisi lebih kecil, sekaligus membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik selepas pembedahan, supaya mereka boleh dibenarkan pulang lebih awal.
Dr Sivakumar berkata idea untuk memperkenalkan Uniportal VATS timbul selepas beliau menjalani tiga bulan latihan di bawah bimbingan Dr Diego di Shanghai Pulmonary Hospital, yang merupakan hospital kanser terbesar di dunia.
"Menerusi MoU ini, Dr. Diego yang juga pencipta teknik Uniportal VATS akan berkongsi pengalamannya mewujudkan kesedaran mengenai prosedur ini dalam negara, dan pada masa yang sama membaiki teknik buat semua pakar bedah lain, menerusi kelas pakar yang singkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 07 2019

Dr Sivakumar berkata idea untuk memperkenalkan Uniportal VATS timbul selepas beliau menjalani tiga bulan latihan di bawah bimbingan Dr Diego di Shanghai Pulmonary Hospital, yang merupakan hospital kanser terbesar di dunia. --fotoBERNAMA/Fail

Vaksin COVID-19: Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Pengarah klinikal Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, kawasan pedalaman London mencatat setakat ini, vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

AWANI Ringkas: PBB - 18 mati ditembak di Myanmar

Akta 446 | Kerajaan akan bantu majikan dapatkan perakuan
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa bersedia untuk membantu majikan-majikan yang masih belum menerima perakuan berkaitan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, pihaknya juga terbuka untuk sebarang sesi libat urus melibatkan kumpulan majikan atau kontraktor bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka khususnya melibatkan kewangan tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia cecah 113.98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.98 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Vaksin COVID-19 | Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Petugas kesihatan di United Kingdom bimbang program vaksinasi dalam kalangan kumpulan etnik berlainan di negara itu tidak seimbang. Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, di kawasan pedalaman London menjelaskan, setakat ini vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

COVID-19 | Angka korban global kini cecah 2.52 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.52 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 513 ribu kes

AWANI Ringkas: PM sampaikan amanat setahun Malaysia Prihatin

Lebih 20 juta penduduk UK terima dos pertama vaksin COVID-19
Data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

Ringgit berdepan tekanan jika hasil bon AS naik
Ringgit dijangka berdepan tekanan menyusut berbanding dolar Amerika minggu ini sekiranya hasil perbendaharaan Amerika terus mencatat peningkatan.

Giliran Shah Firdaus Sahrom merangkul emas keirin
Shah Firdaus membuktikan beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti.

Kanser paru-paru: Teknologi baru tampil teknik pembedahan lebih baik
Teknologi baru yang dikenali sebagai "Uniportal 'Video-Assisted Thoracoscopic Surgery' (VATS)", adalah teknik yang membolehkan pesakit kanser itu membuat pembedahan kecil yang kurang menyakitkan.