awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaotim MediKad tawar kad perubatan mampu milik serendah RM38 sebulan

Amzar Alif
Amzar Alif
13/06/2025
07:23 MYT
Kaotim MediKad tawar kad perubatan mampu milik serendah RM38 sebulan
Kaotim MediKad menawarkan pelbagai manfaat termasuk kemasukan hospital tanpa tunai ke hospital panel di seluruh negara, tempoh kemasukan tanpa had, serta elaun tunai harian bagi pesakit hospital kerajaan. - Gambar Kaotim
KUALA LUMPUR: Kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat menjadi cabaran utama buat rakyat Malaysia, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Menyedari keperluan tersebut, Kaotim platform digital di bawah pengurusan Takaful Malaysia tampil memperkenalkan Kaotim MediKad, sebuah pelan perlindungan perubatan komprehensif yang ditawarkan serendah RM38 sebulan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, pelan ini direka khusus bagi membantu masyarakat memperoleh perlindungan kesihatan menyeluruh tanpa membebankan kewangan isi rumah.
“Dengan transaksi pantas melalui platform digital Kaotim, kami dapat menawarkan pelan perlindungan yang komprehensif dengan kadar caruman yang berbaloi untuk dilanggan di pasaran,” katanya.
Kaotim MediKad menawarkan pelbagai manfaat termasuk kemasukan hospital tanpa tunai ke hospital panel di seluruh negara, tempoh kemasukan tanpa had, serta elaun tunai harian bagi pesakit hospital kerajaan.
Pelan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 6 hingga 69 tahun dan memberi perlindungan sehingga umur 85 tahun. Tiga jenis pelan ditawarkan, disertai pilihan rider MediBooster yang menyediakan had perlindungan tahunan sehingga RM1.1 juta.
Proses pendaftaran dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa perlu pemeriksaan kesihatan dan perlindungan bermula serta-merta selepas empat langkah mudah dilengkapkan.
“Kaotim MediKad menyokong strategi Takaful Malaysia dalam memperluaskan segmen pelanggan runcit serta memperkukuh gaya hidup digital menerusi pengalaman langganan yang lancar,” jelas Nor Azman lagi.
Kaotim MediKad bukan sahaja sesuai untuk individu yang belum memiliki perlindungan takaful, malah boleh dijadikan sebagai pelan tambahan bagi mereka yang telah dilindungi majikan.
Langganan kini dibuka menerusi laman sesawang rasmi www.kaotim.my Pelanggan ini juga dilindungi di bawah skim Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) tertakluk kepada had manfaat.
Topic Berkaitan
#Kaotim MediKad
#pelan perlindungan perubatan
#Takaful Malaysia
#Nor Azman Zainal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan