awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal British timbul selepas 205 tahun gara-gara El Nino

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2016
12:06 MYT
Kapal British timbul selepas 205 tahun gara-gara El Nino
Penduduk mula menyedari kapal itu boleh jelas dilihat kira-kira dua minggu lalu ketika mencari etak di kawasan sungai berkenaan.
Paras air sungai Pahang yang surut akibat fenomena El Nino menyebabkan objek besi dipercayai bangkai sebuah kapal yang tenggelam berdekatan Kampong Tanjung, Paloh Hinai dapat dilihat dengan jelas.
Kapal lama tersebut yang dipercayai sebuah kapal dagang milik British dikatakan tenggelam sekitar tahun 1811.
Penduduk mula menyedari kapal itu boleh jelas dilihat kira-kira dua minggu lalu ketika mencari etak di kawasan sungai berkenaan.
Sejak itu, kawasan kampung berkenaan mula menjadi tumpuan penduduk setempat juga dari kampung berdekatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman, memaklumkan penduduk kini mengambil kesempatan mendekati bangkai kapal yang digelar Kapal Belangkas itu.
"Biasanya tak pernah nampak, kita hanya boleh nampak serombong kapal. Jadi bila kemarau air cetek kami boleh nampak bangkai kapal dengan jelas, dan ada antara kami pernah mendekati bangkai kapal itu," jelasnya.
​​Beliau juga mengalu-alukan sekiranya pihak kerajaan negeri atau pihak muzium mahu menjadikan ​bangkai ​kapal sepanjang 30 meter itu sebagai khazanah negeri atau digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Sementara itu, Ahmad Abdullah, 84 tahun, berkata berdasarkan kisah sejarah penduduk, kapal dagang tersebut dipercayai dalam pelayaran dari Kuala Pahang menuju ke Lipis membawa beras, garam dan gula.
Ia singgah​ dan ​berlabuh di kawasan itu untuk bermalam walaupun telah dimaklumkan penduduk bahawa kawasan itu tidak sesuai untuk berlabuh.
Kapal itu kemudiannya karam, namun kesemua 30 penumpangnya berjaya diselamatkan.
Ahmad memaklumkan kisah yang menimpa Kapal Belangkas itu disampaikan kepadanya oleh ahli keluarga terdahulu.
Topic Berkaitan
#El Nino
#Kampong Tanjung
#kapal belangkas
#kapal dagang British
#Paloh Hinai
#sungai Pahang surut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan