Kapal dan 16 anak kapal didakwa rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Iran berhampiran pintu masuk ke Selat Hormuz, kerana disyaki membawa bahan api seludup Isnin lalu, disahkan bukan dari Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pengesahan dibuat pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Iran, setelah mendapat maklumat dari Kementerian Luar Negeri Iran pada Rabu.
“Kita di Wisma Putra melalui Kedutaan Besar di Tehran telah berhubung dengan Kementerian Luar Iran untuk mendapatkan pengesahan dan semalam kita mendapat pengesahan dari Kementerian Luar Negeri Iran bahawa dalam 16 orang kru yang ditahan itu tidak seorang pun rakyat Malaysia.
“Jadi yang saya hendak sebutkan bahawa melalui Kementerian Luar Iran kita dapat mengesahkan kapal itu bukan milik Malaysia dan 16 orang yang ditahan itu tidak seorang pun adalah warganegara Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Saifuddin bagaimanapun tidak dapat menjelaskan kapal dan kru yang ditahan itu dari negara mana kecuali kapal yang ditahan itu bernama First Lady yangn membawa bendera Panama.
BACA: Iran rampas kapal disyaki seludup minyak, 16 kru warga Malaysia ditahan
BACA: Identiti kapal, 16 anak kapal rakyat Malaysia sedang dikenal pasti - Wisma Putra
Saifuddin berkata ketika sidang media selepas menyampaikan sumbangan Back 2 School kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Indera Mahkota di Perpustakaan Desa Indera Mahkota 1 di Kuantan pada Khamis.
Beberapa hari lalu, media antarabangsa melaporkan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), merampas sebuah kapal disyaki menyeludup bahan api dan menahan 16 anak kapal yang didakwa warga Malaysia.
IRGC turut merampas 1.3 juta liter bahan api yang diseludup ketika kapal tersebut berada 15 batu nautika dari pulau Abu Musa.
Astro Awani
Thu Jan 02 2020
IRGC turut merampas 1.3 juta liter bahan api yang diseludup ketika kapal tersebut berada 15 batu nautika dari pulau Abu Musa.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran
Mengambil contoh Cameron Highlands sebagai model unggul, beliau berkata penglibatan komuniti telah membawa kepada kejayaan konservasi.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump
Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia telah merancang untuk membunuh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikutan tuduhan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).
Iran akan lancar dua satelit buatan tempatan ke angkasa
Satelit-satelit yang baru-baru ini diperkenalkan itu dijadualkan dilancarkan ke angkasa pada awal pagi Selasa.