awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan

Bernama
Bernama
08/07/2024
06:15 MYT
Kapal kontena karam, 10 kru termasuk kapten diselamatkan
Anggota Maritim Malaysia bertindak membantu memindahkan kesemua kru ke atas Bot Perkasa 36. - Foto Maritim Malaysia
SHAH ALAM: Sepuluh kru termasuk kapten kapal kontena MV KUMJIN terselamat selepas kapal berkenaan karam di kedudukan 2.1 batu nautika Barat Tanjung Rhu, Sepang awal pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata maklumat berhubung insiden itu diterima pihaknya melalui panggilan kecemasan, yang memaklumkan sebuah kapal kontena mengalami kebocoran di bahagian hadapan 'ballast tank' yang agak teruk.
Beliau berkata susulan panggilan kecemasan itu Bot Perkasa 36 Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi walaupun dalam cuaca buruk, kira-kira pukul 3.35 pagi.
"Setiba di lokasi, pasukan bot ronda Maritim Malaysia mendapati kapal MV KUMJIN dalam keadaan tidak stabil, dan kesemua kru serta kapten kapal sedang berusaha untuk berpindah ke bot keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sepuluh kru kapal kontena MV KUMJIN terselamat selepas kapal berkenaan karam. - Maritim Malaysia
Sepuluh kru kapal kontena MV KUMJIN terselamat selepas kapal berkenaan karam. - Maritim Malaysia
Abdul Muhaimin berkata anggota Maritim Malaysia kemudian bertindak membantu memindahkan kesemua kru ke atas Bot Perkasa 36 sebelum dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata kapten kapal merupakan seorang warga Indonesia berusia 53 tahun manakala kru kapal lain merupakan warga Indonesia dan Myanmar berusia 19 hingga 50 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal kontena karam
#kru diselamatkan
#Tanjung Rhu Sepang
#Maritim Malaysia
#MV KUMJIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan