MALAYSIA
Kapal layar karam: Operasi SAR seorang lagi warga Turkiye diteruskan

Operasi yang bermula 7 pagi tadi melibatkan aset udara dan laut milik agensi tersebut. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang lagi warga Turkiye, Eser Demirkol yang hilang selepas Kapal Layar Daisy dinaiki mereka karam di perairan Pulau Yu, diteruskan hari ini dengan tumpuan di sektor seluas 305.41 batu nautika persegi.
Ringkasan AI
- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini dengan tumpuan di sektor seluas 305.41 batu nautika persegi di perairan Pulau Yu.
- Maritim Malaysia menggerakkan 29 anggota bersama aset udara dan laut termasuk pesawat Dauphin AS365, kapal KM Sebatik dan Bot Penggalang 45.
- Dua warga Turkiye lain yang turut berada dalam kapal layar Daisy telah diselamatkan, manakala usaha pencarian mangsa terakhir diteruskan dengan komitmen penuh.
"Cuaca dan keadaan laut setakat ini dilaporkan baik serta menyokong operasi pencarian. Maritim Malaysia komited untuk meneruskan usaha pencarian hingga mangsa terakhir ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tiga lelaki warga Turkiye iaitu kapten kapal Ahmet Volkan Ata, 52, Ates Demiroren, dan Demirkol yang merupakan peserta pelayaran, merancang melakukan siri jelajah mengelilingi benua dari Malaysia ke negara asal mereka pada Isnin lepas.
Bagaimanapun, pada petang Selasa lepas kapal layar itu dilanda ribut dan dipercayai karam di perairan Pulau Yu.
Demiroren dijumpai terapung di perairan tersebut dan diselamatkan oleh nelayan tempatan tengah hari semalam manakala Volkan Ata ditemui selamat malam semalam oleh bot nelayan tempatan setelah hampir 43 jam terapung di laut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami