awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal TLDM tenggelam: Isteri penyelam maut minta orang ramai henti spekulasi

Bernama
Bernama
29/08/2024
03:45 MYT
Kapal TLDM tenggelam: Isteri penyelam maut minta orang ramai henti spekulasi
KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden kematian Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa, yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Penyusop semalam.
Isteri Allahyarham menerusi hantaran di Facebook menggunakan nama akaun 'Hanaa Ariana' berkata ini kerana kejadian itu masih dalam siasatan pihak berwajib.
"Saya sebagai isteri arwah, meminta jangan ada pihak yang membuat sebarang andaian terhadap insiden yang berlaku kepada arwah suami saya.
"Justeru, insiden ini juga masih dalam siasatan, biarlah hanya pihak atasan dan juga kru yang bertugas pada masa itu yang mengetahui punca insiden dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu beliau berharap tidak ada pihak yang mengeluarkan spekulasi tidak benar dan tidak sahih mengenai insiden tersebut dan memahami keadaan yang dihadapinya ketika ini.
TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.
KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos.
Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu ditenggelami air sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal tdlm tenggelam
#kapal tdlm karam
#penyelam tldm maut
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan