GEORGE TOWN: Kapasiti efektif Empangan Air Itam yang merekodkan kadar 30.3 peratus bukan bermakna kadar itu hanya mencukupi untuk bekalan air selama 30 hari, menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Ketua Pegawai Eksekutifnya K.Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana terdapat kelayakan penting bagi tempoh masa tersebut iaitu 'tanpa hujan' dan apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air (KTA) Air Itam, maka bilangan hari tersebut akan berubah.
"Pada pertengahan April ini, tidak dinafikan kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah rendah iaitu 30.3 peratus tetapi PBAPP masih aktif mempertahankan simpanan yang ada menerusi Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AlDAP 2024).
"PBAPP mempunyai pilihan untuk mengetatkan lagi kawalan bekalan air AIDAP bagi mempertahankan baki simpanan empangan untuk jangka masa yang lebih lama, namun ia boleh menyebabkan beberapa kesulitan kepada sesetengah pengguna di kawasan perkhidmatan Air Itam," katanya dalam kenyataan semalam.
Pathmanathan menjelaskan PBAPP melaksanakan AIDAP 2024 sebagai langkah kontingensi apabila kapasiti efektif empangan menyusut kepada 32.8 peratus pada 5 Feb lepas dengan bermulanya fenomena El Nino penuh di negeri itu.
Menurutnya keputusan AIDAP 2024 dalam tempoh 70 hari lepas perlu meyakinkan pengguna air di Air Itam bahawa kapasiti efektif empangan 30.3 peratus tidak harus menjadi penyebab panik, malah PBAPP sedar pelepasan dari empangan itu mesti diuruskan dengan teliti hingga musim hujan 2024.
Beliau turut memaklumkan perkhidmatan bekalan air masih normal di kawasan perkhidmatan Air Itam walaupun PBAPP tidak mengetahui tempoh masa musim panas dan kering ini akan berakhir.
Justeru, beliau mengulangi rayuan agar pengguna terutama di Air Itam untuk terus mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus pada April, Mei dan Jun ini.
Ahad lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini tidak membantu meningkatkan paras Empangan Air Itam yang kini mencatat tahap ketiga kritikal iaitu pada kapasiti 30.8 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Pathmanathan turut memaklumkan perkhidmatan bekalan air masih normal di kawasan perkhidmatan Air Itam walaupun PBAPP tidak mengetahui tempoh masa musim panas dan kering ini akan berakhir. - Gambar fail/BERNAMA
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa
Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.