awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kardinal gereja Katolik bermesyuarat Isnin ini bincang pemilihan Pope baharu

Bernama
Bernama
28/04/2025
09:30 MYT
Kardinal gereja Katolik bermesyuarat Isnin ini bincang pemilihan Pope baharu
Para kardinal sebelum ini mengadakan beberapa pertemuan pada hari-hari menjelang upacara pengebumian Paus Francis yang berlangsung pada Sabtu lalu. - Gambar/ Reuters
ROM: Kardinal Gereja Katolik yang tiba di Rom akan bermesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan pemilihan paus yang baharu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Kardinal Gereja Katolik akan bermesyuarat pada Isnin ini di Rom untuk membincangkan pemilihan paus yang baharu, selepas kematian Paus Francis.
  • Tarikh rasmi pemilihan paus di Gereja Kecil Sistine belum ditetapkan, tetapi dijangka paling awal pada 5 Mei. Kardinal perlu memperoleh dua pertiga undian dalam sidang sulit untuk dipilih sebagai paus.
  • Setelah paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan daripada serombong di atas bumbung Gereja Kecil Sistine sebagai tanda pemilihan selesai.

Mesyuarat itu merupakan Perhimpunan Agung kelima sejak Paus Francis meninggal dunia pada Isnin lalu.
Setakat ini belum jelas jumlah sebenar kardinal yang akan menyertai mesyuarat terbabit.
Sejak beberapa hari lalu, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon-calon yang berpotensi serta individu yang menjadi pilihan utama.
Para kardinal sebelum ini mengadakan beberapa pertemuan pada hari-hari menjelang upacara pengebumian Paus Francis yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Tarikh rasmi bagi proses pemilihan paus di Gereja Kecil Sistine masih belum ditetapkan, namun tarikh paling awal berkemungkinan pada 5 Mei.
Untuk dipilih sebagai paus, seseorang kardinal perlu memperoleh dua pertiga undian dalam sidang sulit. Proses pengundian dijalankan sekali pada hari pertama, diikuti empat kali sehari pada hari-hari berikutnya.
Setelah paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan daripada serombong yang dipasang di atas bumbung Gereja Kecil Sistine sebagai tanda pemilihan selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#Paus Francis
#paus baharu
#pope baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan