awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kargo udara dunia catat pertumbuhan perlahan 3.7 peratus pada Nov 2021

Bernama
Bernama
11/01/2022
20:54 MYT
Kargo udara dunia catat pertumbuhan perlahan 3.7 peratus pada Nov 2021
Bagi melegakan gangguan rantaian bekalan dalam industri kargo udara, IATA menyeru kerajaan memastikan operasi kru udara tidak terhalang oleh sekatan COVID-19 yang diwujudkan ke atas pelancong udara. - Foto IATA
KUALA LUMPUR: Pasaran kargo udara global mencerminkan kelembapan pertumbuhan pada November 2021 dengan permintaan, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK) hanya meningkat 3.7 peratus berbanding November 2019.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), ini jauh lebih rendah daripada pertumbuhan 8.2 peratus yang dilihat pada Oktober 2021 dan pada bulan-bulan sebelumnya.
Kapasiti adalah 7.6 peratus di bawah November 2019 dan tidak banyak berubah berbanding Oktober.
''Kapasiti kekal dikekang berikutan kesesakan di hab utama,'' kata IATA dalam satu kenyataan pada Selasa.
Gangguan rantaian bekalan memperlahankan pertumbuhan walaupun keadaan ekonomi terus menyokong pasaran kargo udara.
Antara faktor berkaitan termasuk kekurangan tenaga kerja, sebahagiannya disebabkan oleh kuarantin, ruang simpanan yang tidak mencukupi di beberapa lapangan terbang dan tunggakan pemprosesan yang diburukkan lagi menjelang akhir tahun sehingga menyebabkan gangguan rantaian bekalan.
"Pertumbuhan kargo udara telah mula perlahan pada November berbanding Oktober kerana gangguan rantaian bekalan.
"Semua petunjuk ekonomi menunjukkan permintaan yang kukuh tetapi tekanan kekurangan tenaga kerja dan kekangan di seluruh sistem logistik tanpa disangka-sangka mengakibatkan peluang pertumbuhan melenyap,'' kata Ketua Pengarah Willie Walsh.
Oleh itu, kerajaan perlu bertindak pantas untuk mengurangkan tekanan terhadap rantaian bekalan global sebelum ia terus menyekat sebarang bentuk pemulihan ekonomi daripada COVID-19.
"Bagi melegakan gangguan rantaian bekalan dalam industri kargo udara, IATA menyeru kerajaan untuk memastikan operasi kru udara tidak terhalang oleh sekatan COVID-19 yang diwujudkan ke atas pelancong udara,'' katanya, sambil menambah ia juga berharap kerajaan dapat menyediakan insentif dasar inovatif bagi menangani kekurangan tenaga kerja.
Di peringkat serantau, jumlah kargo udara antarabangsa syarikat penerbangan Asia Pasifik meningkat 5.2 peratus pada November 2021 berbanding bulan yang sama pada 2019.
Ini masih di bawah pengembangan 5.9 peratus yang direkodkan semasa Oktober 2021, manakala kapasiti antarabangsa di rantau ini berkurangan 9.5 peratus pada November berbanding 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kargo udara
#kelembapan pertumbuhan
#IATA
#sekatan atas pelancong udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan