Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sebagai seorang ahli politik yang berprinsip dan sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam mempertahankan sesuatu isu.
Malah ketegasan ikon DAP itu pastinya akan dikenang oleh semua rakan politik baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.
Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, sebagai wakil rakyat dari pembangkang, bekas pengerusi DAP itu sememangya memenuhi kriteria pembangkang yang berani mengkritik kerajaan dalam menentukan baik buruk pentadbiran negara.
Tambahnya, Karpal seringkali tegas dalam melahirkan pandanganya berhubung beberapa isu sekalipun dia sedar perkara itu akan memberi tanggapan negatif kepadanya.
Biarpun bertindak sebagai pembangkang namun beliau percaya rakyat menghargai sumbangan yang diberikan Karpal kepada negara sepanjang hayatnya berbakti kepada rakyat dan negara.
Subramaniam yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediaman Karpal di Jalan Utama, berkata, pemergian karpal satu kehilangan buat negara dan juga dirinya.
Pada Khamis, pemimpin pembangkang veteran DAP itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.10 pagi.
Astro Awani
Sat Apr 19 2014
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis buru dua lelaki serang peguam di Persiaran Karpal Singh
Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai menyerang seorang peguam sehingga cedera dalam kejadian di hadapan sebuah kedai kopi di Persiaran Karpal Singh 2 pada Selasa lepas.
Anwar ikrar teruskan legasi mendiang Karpal Singh pertahan hak setiap warganegara
Anwar berikrar bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus memperjuang dan mempertahankan hak setiap rakyat Malaysia, sebagaimana visi mendiang Karpal Singh.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
Ramkarpal sahkan terima arahan Anwar mulakan saman terhadap Yusoff Rawther
Ramkarpal Singh mengesahkan menerima arahan daripada Presiden PKR itu untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther
Semua suspek LTTE tidak dapat tawaran jaminan
Semua 12 suspek penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak mendapat tawaran jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Bersatu perlu kaji kerjasama politik dengan DAP - Mohd Rafiq
Perbuatan sia-sia pimpinan DAP akan meretakkan hubungan antara komponen Pakatan Harapan yang akhirnya boleh menyebabkan kehancuran Pakatan Harapan sebelum PRU 15.
Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.
Jangan sampai kes seperti Kevin Morais itu berulang - Peguam
Pihaknya telah mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk tingkatkan tahap keselamatan 24 jam kepada Hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai satu jaminan kepada beliau.
Badan kehakiman buat laporan polis berhubung dakwaan dalam afidavit
Badan kehakiman telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadap hakim yang tidak dinamakan dan institusi itu dalam afidavit yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Back
Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.