JOHOR BAHRU:Tiga Penolong Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor Bahru direman 5 hari bermula hari ini berhubung siasatan terhadap isu kartel daging.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majisteret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzir di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini pada Selasa.

Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Terrdahulu, tiga pegawai MAQIS terbabit yang berusia 40 hingga 55 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah dengan berbaju lokap berwarna jingga pada jam 8.20 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Mereka sebelum ini ditahan di pejabat SPRM Johor jam 7 malam pada Isnin, kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging sejuk beku tidak dibenarkan Jabatan Veterinar Malaysia.

Isu Kartel Daging | Tiga pegawai MAQIS direman lima hari kes daging import


BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini

BACA: Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor direman lima hari

Kartel Daging | Empat invidu termasuk dua pengarah syarikat ditahan

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan pada pada Isnin berkata siasatan dijalankan susulan pendedahan kartel daging sejuk beku yang menukar label logo halal, sejak 4 Januari hingga Isnin.

Setakat ini 8 suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan dengan seramai 27 saksi juga telah dipanggil dalam siasatan kes ini.

Mereka yang terlibat terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

SPRM menyiasat kes berkenaan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen. 

SPRM juga memaklumkan pihaknya masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan.

[INFOGRAFIK] Kronologi Kartel Daging