awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan

Bernama
Bernama
11/03/2021
15:03 MYT
Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas mana-mana kontena sejuk beku. - MAQIS
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas mana-mana kontena sejuk beku.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata MAQIS telah memperkasa kaedah pemeriksaan secara dokumen dan fizikal di pintu masuk negara dengan memastikan setiap konsainan daging yang diimport masuk diperiksa secara teliti dan menyeluruh.
Katanya, ini adalah bagi menangani isu seumpama kartel daging.
"Pegawai MAQIS di lapangan juga diarah untuk memeriksa setiap kontena atau konsainan meskipun ia akan menyebabkan tempoh lebih lama dan menyebabkan barisan panjang di tempat pemeriksaan, khususnya kemasukan ayam atau daging.
"Pemeriksaan tersebut terpaksa diteruskan memandangkan ia membabitkan isu halal yang merupakan sensitiviti dalam kalangan umat Islam dan seharusnya isu ini tidak boleh dikompromi sama sekali," katanya kepada Bernama mengenai pencapaian kementeriannya sempena setahun Malaysia Prihatin.
Beliau berkata pada masa sama, MAQIS juga bertanggungjawab dalam memastikan barang dagangan yang diimport masuk ke Malaysia adalah bebas daripada penyakit dan bahan cemar serta selamat untuk dimakan dengan melakukan pensampelan secara berkala di pintu masuk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kartel daging
#Halal
#Islam
#daging
#maqis
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan