awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartel daging: Syarikat sejuk beku, pengarah dan pengurus didakwa guna logo halal palsu

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2021
06:10 MYT
Kartel daging: Syarikat sejuk beku, pengarah dan pengurus didakwa guna logo halal palsu
Syarikat dan dua tertuduh serta seorang yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU:Sebuah syarikat sejuk beku bersama seorang pengarah dan seorang pengurusnya didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini.
Syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd bersama pengarahnya, Yong Chee Keong, dan Tan Siew Huak (yang masih bebas) serta pengurus syarikat, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim, Ahmad Fuad Othman.
Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh serta seorang yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia.
Selain itu ia menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan dari dua badan persijilan halal Australia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini antara 1 hingga 3 Disember tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 ribu atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammad Onn Abd. Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani Zawawi, T. Ashivinii dan Kee Shu Min.
Manakala tertuduh diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd. Rahman.
Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Sebutan semula kes ditetapkan 28 Mac ini.
Kartel Daging | Syarikat sejuk beku didakwa guna sijil palsu
Topic Berkaitan
#Halal
#Australia
#Mahkamah Sesyen
#kartel daging
#Johor Bahru
#Kulai
#Kementerian Dalam Negeri
#logo halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan