KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan segera dan tidak lagi menangguhkan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).
Ia selepas badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.
“(RUU IPCC) merangkumi intipati RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 serta syor-syor Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2005.
“Penubuhan badan bebas ini akan terus meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dan akauntabiliti dalam kalangan polis, menyediakan perlindungan daripada salah laku dan salah guna kuasa serta mengembalikan keyakinan dan penghormatan rakyat kepada agensi penguatkuasaan,” menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan semalam.
Jelas badan itu, kebimbangan sama termasuk terhadap dakwaan wujudnya kartel dalam PDRM yang berniat untuk menguasai pasukan polis atas kepentingan peribadi.
“Amalan tidak amanah, tidak beretika dan tidak mematuhi undang-undang akan membawa kesan negatif terhadap kebebasan asasi masyarakat Malaysia secara amnya.
“Suhakam memuji keberanian KPN mendedahkan salah laku serius tersebut yang memerlukan penyiasatan segera bagi memastikan sama ada wujud kebenaran di sebalik dakwaan ini.
“Sekiranya ia benar, tindakan yang tegas perlu diambil bagi menghentikan amalan sebegini dalam kalangan pasukan polis,” mengulas lanjut.
Justeru, badan itu menegaskan proses semakan oleh mekanisme pengawasan bebas dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang telus dan bebas daripada penglibatan politik dalam apa jua bentuk amat penting bagi memerangi isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pasukan polis.
BACA: Tak perlu tubuh RCI untuk siasat dakwaan KPN - Takiyuddin
BACA: Isu kartel PDRM: Masih terlalu awal tubuh RCI
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 30 2021
Suhakam juga bimbang dengan dakwaan wujudnya kartel dalam PDRM yang berniat menguasai pasukan polis atas kepentingan peribadi. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
Kesuma akan bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.
RUU berkaitan buli siber dibentang di Parlimen tahun ini - Fahmi
Fahmi berkata, satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan berkaitan isu berkenaan juga akan dibawa ke Parlimen dalam sidang pada kali ini.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.