awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu tubuh RCI untuk siasat dakwaan KPN - Takiyuddin

Bernama
Bernama
21/03/2021
20:13 MYT
Tak perlu tubuh RCI untuk siasat dakwaan KPN - Takiyuddin
Takiyuddin berkata ini kerana perkara itu boleh diselesaikan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). -Gambar Astro AWANI
KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkannya.
Beliau berkata ini kerana perkara itu boleh diselesaikan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
"Saya rasa tidak timbul (isu penubuhan RCI), sebagaimana kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin itu masalah dalaman yang boleh dikendalikan SPP.
"SPP dipengerusikan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara juga adalah ahlinya. Saya rasa tidak ada masalah yang besar untuk menyelesaikannya, SPP boleh selesaikan masalah polis dan penjawatan," katanya pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin Sesi Bersama Pegawai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad.
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Abdul Hamid menerusi program 'Sinar Live bersama IGP' bahawa wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.
Abdul Hamid mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RCI
#KPN
#Ketua Polis Negara
#Suruhanjaya Siasatan Diraja
#Abdul Hamid Bador
#Suruhanjaya Pasukan Polis
#kes kartel
#PDRM
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan