awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartunis Zunar ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/11/2016
11:27 MYT
Kartunis Zunar ditahan polis
Penahanan Zunar (gambar) dipercayai berhubung pameran lukisan yang diadakannnya di bangunan Komtar di George Town, semalam. - Foto fail
Kartunis Zunar atau nama sebenar Zulkiflee SM Anwar Ulhaque ditahan polis ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 6 petang, hari ini.
Penahanan Zunar dipercayai berhubung pameran lukisan yang diadakannnya di bangunan Komtar di George Town, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al-Atrash Wahid berkata, penahanan Zunar dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Mior Farid berkata demikian ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada Jumaat, sekumpulan lelaki menyerbu pameran lukisan kartunis berkenaan yang diadakan di tingkat 3 Komtar, sehingga acara itu terpaksa dihentikan selepas berlaku kekecohan.
Tindakan itu diambil bagi membantah pameran berkenaan yang memaparkan lukisan mengaibkan pemimpin kerajaan selain berbaur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Ekoran batahan tersebut, pameran yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
Laporan polis juga telah dibuat dan difahamkan Zunar akan direman pada Ahad bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#ditahan polis
#kartunis
#ZUNAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan