NIBONG TEBAL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melakukan penilaian bagi kerja-kerja pembaikan dan penambahbaikan berhubung masalah banjir kilat di Janda Baik, Pahang.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, tindakan segera sudah diambil Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkaitan termasuk mengenal pasti punca berlakunya banjir.
Menurutnya, beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.
"Kementerian melalui KSU Datuk Seri Zaini Ujang telah turun ke padang meninjau kedudukan dan menyelaras kerja-kerja pembaikan dan penambahbaikan.
"Kita telah kenal pasti punca berlakunya banjir dan mengambil tindakan untuk jangka pendek dan jangka panjang termasuk bekerjasama dengan jabatan lain bagi tangani isu ini sebaik mungkin," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna Jawi pada Ahad.
Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Sebelum ini media melaporkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca banjir kilat di sekitar Janda Baik, Bentong, baru-baru ini.
BACA: Segerakan kerja membersih, dalamkan sungai di Janda Baik- Tengku Hassanal
Baginda turut menitahkan agar disegerakan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Bentong termasuk pembinaan Stesen Telemetri dan Stesen Amaran Banjir di huluan kawasan Janda Baik.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun May 15 2022

Mansor (dua dari kiri) menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna Jawi pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Penduduk mohon perjelas draf RTD, RKK di Janda Baik
Mereka menyifatkan draf RTD dan RKK berkenaan seolah-olah 'mencabul' hak penduduk khususnya melibatkan pengambilan tanah serta menjejaskan sumber pendapatan.

Tanam 102 pokok ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari
Dalam satu serbuan, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini.

KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.

Segerakan kerja membersih, dalamkan sungai di Janda Baik- Tengku Hassanal
Kerajaan Pahang dan KASA dititah supaya menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca banjir kilat di sekitar Janda Baik.

Kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik siap dalam tiga bulan
Kerja-kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik, Bentong dengan anggaran kos RM1 juta, dijangka bermula pada minggu hadapan dan siap dalam tempoh tiga bulan.

Penduduk, pengusaha pelancongan rayu langkah drastik elak banjir Janda Baik berulang
Kerajaan diharap ambil langkah drastik untuk mencegah kejadian berulang dan bertambah buruk di masa depan.

Hujan terlampau lebat punca banjir kilat di Janda Baik - MB
Taburan hujan awal pagi itu adalah sebanyak 19.5 milimeter dalam tempoh tiga jam.

Banjir kilat: Kerajaan Pahang salur bantuan awal kepada 140 keluarga di Janda Baik
Sebanyak 140 kediaman penduduk yang terkesan telah disalurkan bantuan awal seperti kit makanan dan barangan keperluan asas.

Resort milik Tiara di Janda Baik turut terjejas banjir kilat
Tiarasa Escapes Glamping Resort terpaksa ditutup sehingga Jumaat bagi kerja-kerja pembersihan.

"Harta benda saya musnah sekelip mata" - Mangsa banjir kilat Janda Baik
Dia meluahkan perasaannya apabila melihat semua harta benda miliknya telah musnah dalam kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Janda Baik awal pagi tadi.