Pemikir dan penulis Kassim Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Kulim pagi tadi.

Kassim menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi pada usia 84 tahun.

Allahyarham sebelum itu dirawat di hospital berkenaan kerana masalah jangkitan paru-paru sebelum disahkan koma pada pagi Isnin.

Kassim pernah dibicarakan di mahkamah syariah berhubung kenyataan kontroversinya sebelum ini.

Namun pada Ogos, mahkamah syariah melepas dan membebaskan beliau daripada tuduhan tersebut.