awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam gagalkan cubaan seludup bunga ganja bernilai RM6.2 juta

Bernama
Bernama
11/11/2025
02:00 MYT
Kastam gagalkan cubaan seludup bunga ganja bernilai RM6.2 juta
Hasil serbuan Kastam Kedah di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih menemui sebuah sampan kayu yang ditinggalkan bersama empat beg guni bertulisan Thailand dan sejumlah besar bahan disyaki dadah jenis bunga ganja. - Foto JKDM Kedah
ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja seberat 67.48 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM6.2 juta di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, Perlis, bulan lalu.
Pengarah Kastam Kedah Wan Marini Wan Hamzah berkata serbuan berasaskan maklumat risikan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi bersama pasukan elit Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) pada 10 malam.
"Hasil serbuan menemui sebuah sampan kayu yang ditinggalkan bersama empat beg guni bertulisan Thailand. Pemeriksaan lanjut ke atas beg berkenaan menemukan sejumlah besar bahan disyaki dadah jenis bunga ganja.
"Keseluruhan rampasan membabitkan 67.48 kilogram bunga ganja dengan nilai anggaran RM6,209,816," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran menggunakan sampan kayu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Wan Marini turut menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Marini Wan Hamzah
#kastam kedah
#sampan kayu
#seludup bunga ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan