awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam gagalkan cubaan seludup rokok

Bernama
Bernama
15/05/2013
08:44 MYT
Kastam gagalkan cubaan seludup rokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan satu sindiket menyeludup rokok bernilai RM516,680 ke utara apabila menahan sebuah lori 12 tan di Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, seorang lelaki berusia 48 tahun yang memandu lori tersebut ditahan dalam kejadian 12.15 tengah Sabtu lepas dan direman selama 10 hari bermula kelmarin.
Beliau berkata, sindiket itu yang berpangkalan di Johor Baharu dipercayai menggunakan lori yang berpenutup penuh dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa.
"JKDM daerah Batu Pahat berjaya menghidu taktik yang digunakan dan bertindak mengekori lori terbabit sehingga Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Lori itu didapati membawa muatan 5.76 juta batang rokok putih dan rokok kretek seberat 9,000 kilogram ditaksirkan bernilai RM516,680 dengan nilai cukai RM2.92 juta.
Katanya, kejayaan itu hasil risikan pihaknya selepas mendapat maklumat awam dengan meneliti profil sindiket dimiliki jabatan itu. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#rokok
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan