awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Kedah rampas 35.5kg ganja dalam trak pikap di bengkel kereta

Bernama
Bernama
07/12/2022
10:19 MYT
Kastam Kedah rampas 35.5kg ganja dalam trak pikap di bengkel kereta
Dadah tersebut dalam empat kotak putih disorok dalam trak pikap bernombor pendaftaran negara jiran di bengkel tersebut bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 35 ketulan ganja mampat seberat 35.5 kilogram bernilai RM142,000 disorok dalam trak pikap di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun, dekat Kubang Pasu, Ahad lalu.
Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff, dalam kenyataan hari ini, berkata serbuan pada kira-kira jam 3.30 petang dijalankan oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar di bengkel tersebut selepas hasil pemantauan rapi selama dua minggu.
Menurutnya, dadah tersebut dalam empat kotak putih disorok dalam trak pikap bernombor pendaftaran negara jiran di bengkel tersebut bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an turut ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B (23) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta menyita kenderaan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#kastam
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan