awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam KLIA gagalkan cubaan seludup dadah hampir 810kg

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2014
09:41 MYT
Kastam KLIA gagalkan cubaan seludup dadah hampir 810kg
Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis methaphetamine yang disorok. -- fotoBERNAMA
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA telah berjaya mematahkan 67 percubaan menyeludup dadah berbahaya berjumlah 809.877 kilogram yang berjumlah RM47.6 juta dalam tempoh Januari hingga Disember 2013.
Jumlah terbabit telah meningkat berbanding tahun 2012 yang mencatat sebanyak 61 kes dengan kuantiti sebanyak 317.3 kilogram bernilai RM36.2 juta.
Sementara itu, JKDM juga merekodkan tangkapan sejumlah 55 individu pada 2013 berbanding 68 orang pada tahun 2012 .
Pengarah Kastam KLIA Datuk Haji Chik Omar Chik Lim berkata perningkatan kejayaan mematah penyeludupan dadah itu ialah kerana kecekapan dan kemahiran anggota Kastam mengikut arus dan taktik penyeludup yang masuk ke negara ini.
Terbaru Kastam KLIA mematahkan dua percubaan menyeludup dadah oleh dua wanita muda warga China melalui LCCT Sepang pada 30 dan 31 Disember lepas.
Dalam kes pertama pada 30 Disember, hasil pemeriksaan bagasi yang di bawa seorang wanita warga China berusia 19 tahun menemukan 6.1 kilogram serbuk putih di percayai methamphetamine atau syabu yang disembunyikan bernilai RM1.159 juta.
Kesemua serbuk putih itu disorok di dalam 14 pasang tapak kasut dan dan kemudiannya disimpan di dalam bagasi. Suspek menaiki penerbangan Shenzhen ke LCCT.
Sementara itu dalam kes kedua pada 31 Disember pula, seorang wanita muda warga China berusia 29 tahun juga ditahan di LCCT. Pemeriksaan pihak Kastam mendapat dua gulung wayar di dalam bagasi pakaian yang mana apabila dibuka, terdapat serbuk putih disyaki methamphetamine atau syabu.
Berat dadah jenis tersebut dianggarkan tiga kilogram bernilai RM570,000. Suspek memasuki negara ini menaiki pesawat dari Hong Kong ke LCCT.
Kes ini di siasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.
Topic Berkaitan
#cubaan menyeludup
#kastam KLIA
#LCCT
#Seludup dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan