awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam N.Sembilan rampas rokok putih seludup bernilai RM4.16 juta

Bernama
Bernama
24/01/2024
06:09 MYT
Kastam N.Sembilan rampas rokok putih seludup bernilai RM4.16 juta
Mohammad Hafiz menunjukkan barang rampasan yang dipamerkan pada sidang media di Pejabat Kastam negeri, hari ini. -Bernama
SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas 5.5 juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM4.16 juta berhampiran hentian Rehat dan Rawat (RnR) Gombak, Selangor pada 14 Jan lepas.
Pengarahnya Mohammad Hafiz Ishak berkata dalam serbuan pada 3.30 petang itu, anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri menahan sebuah lori "bonded" 10 tan yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas lori terbabit menemukan 275,000 paket rokok putih dengan kesemuanya mempunyai label cukai palsu dan disyaki barangan Larangan Import Di Bawah Butiran 1, Bahagian lI, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
"Kesemua barang ekshibit serta lori jenis Nissan terbabit disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 dan dibawa balik ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri untuk siasatan lanjut manakala pemandu turut ditahan.
"Kita anggarkan sindiket aktif tahun lepas, ia untuk pasaran di Lembah Klang berikutan kepadatan penduduk tinggi...nilai rokok tanpa cukai bernilai RM400,000.
"Kita masih mengesan sekiranya ada lagi rantaian sindiket itu," katanya pada sidang media mengenai rampasan itu di sini hari ini.
Mohammad Hafiz berkata modus operandi digunakan adalah rokok diseludup yang dipercayai dari Thailand itu dibawa masuk ke negara ini menggunakan kenderaan seperti lori "bonded".
Beliau berkata sindiket itu menggunakan dokumen Delivery Order dan label cukai palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta rokok berkenaan dijual di pasaran tempatan dengan harga yang lebih murah.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976.
Dalam pada itu, beliau berkata JKDM negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran peraturan dan undang-undang dan orang awam dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkenaan.
"Orang awam juga diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-88 atau http://aduan.customs.gov.my atau Pejabat Kastam yang terdekat dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan." katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok putih seludup
#RNR Gombak
#JKDM Negeri Sembilan
#Mohammad Hafiz Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan