awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam patahkan sindiket seludup bahagian haiwan liar RM80 juta, nilai rampasan terbesar dalam sejarah

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
18/07/2022
09:15 MYT
Kastam patahkan sindiket seludup bahagian haiwan liar RM80 juta, nilai rampasan terbesar dalam sejarah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor berjaya mematahkan sindiket penyeludupan gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling, taring harimau, tanduk, tengkorak serta tulang haiwan membabitkan sebuah kontena di Pelabuhan Klang.
PELABUHAN KLANG : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Selangor berjaya mematahkan sindiket penyeludupan gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling, taring harimau, tanduk, tengkorak serta tulang haiwan membabitkan sebuah kontena di Pelabuhan Klang pada 10 Julai lalu.
Kesemua barangan itu bernilai RM80 juta tanpa cukai sekali gus menjadikannya sebagai jumlah terbesar direkodkan JKDM membabitkan bahagian haiwan liar.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan berkata, Pasukan Operasi Darat telah memantau pergerakan kapal yang membawa tiga buah kontena berisiko dipercayai berasal dari Afrika dan tindakan pemeriksaan saringan menggunakan mesin pengimbas sebuah kontena disyaki membawa barang larangan.
Menurut beliau, pemeriksaan fizikal yang dilakukan ke atas kontena itu mendapati kesemua barangan larangan itu disorok di belakang timbunan kayu bergergaji.
"Pemeriksaan mendapati gading gajah dianggarkan seberat 6,000 kilogram (kg), tanduk badak sumbu dianggarkan seberat 29 kg, sisik tenggiling dianggarkan seberat 100 kg, tanduk haiwan dianggarkan seberat 14 kg dan tengkorak serta tulang haiwan dianggarkan seberat 300 kg," katanya dalam sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, sindiket penyeludupan itu dipercayai dalam perjalanan untuk dibawa masuk ke Pasir Gudang Johor sebelum dipasarkan ke lokasi lain.
Katanya, kesemua barangan itu merupakan barang yang dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan, namun, siasatan ke atas pengimport dan ejen perkapalan masih dijalankan.
Kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu cubaan mengimport barang tidak berkastam atau apa-apa barang larangan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi lima 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan Malaysia telah membekalkan sebanyak enam unit mesin pengimbas baharu di Pelabuhan Klang yang dipasang secara berperingkat dari bulan November 2021 hingga Mei 2022.
Sehingga kini, Unit II (Selangor) telah berjaya menyelesaikan 106 kes dan memungut ketirisan hasil sebanyak RM928,729.08 melalui saringan mesin pengimbas baharu.
Sebanyak 18 kes tidak termasuk kes harini, masih dalam siasatan dimana nilai yang dianggarkan adalah RM3,107,000.00 dan jumlah duti atau cukai yang terlibat adalah dianggarkan sebanyak RM13,793,813.00.
Topic Berkaitan
#kastam
#sindiket seludup
#bahagian haiwan liar
#nilai rampasan RM80 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan