awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam rampas pil eramin 5 bernilai RM5.975 juta

Bernama
Bernama
17/12/2012
07:10 MYT
Kastam rampas pil eramin 5 bernilai RM5.975 juta
Kastam Diraja Malaysia merampas hampir 300,000 biji pil eramin 5 bernilai RM5.975 juta susulan penahanan seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Yong Peng, Johor, Khamis lepas.
Timbalan Pengarah Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Liah Omar berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan ketika cuba membuang dadah tersebut di ladang kelapa sawit berkenaan.
"Sepasukan anggota kastam telah mengekori sebuah van di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7 pagi, dan menyedari diekori pemandu van itu cuba mengelirukan anggota kastam dengan melalui kawasan Shah Alam, Negeri Sembilan dan Johor.
"Dia cuba membuang dadah tersebut di sebuah ladang kelapa sawit di Yong Peng, Johor, namun gagal dan suspek ditahan bersama kenderaannya pada pukul 9.30 malam," katanya pada sidang media, di Nilai hari ini.
Katanya pasukan penguat kuasa kastam berjaya merampas enam kotak mengandungi 298,750 biji pil eramin 5 daripada van berkenaan.
Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dihantar melalui kargo udara di KLIA oleh pembekal dari Taiwan dengan dokumen penghantaran diikrar sebagai 'surgical gloves', katanya menambah rampasan itu adalah yang kedua terbesar kastam tahun ini.
Topic Berkaitan
#eramin
#kastam
#kelapa sawit
#narkotik
#rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan