awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta

Bernama
Bernama
30/07/2023
11:48 MYT
Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (dua, kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian rampasan rokok pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1,690,000 batang rokok seludup bernilai RM1,133,990 termasuk cukai dalam serbuan di Jalan Kampung Gunong, di Bachok pada 24 Julai lepas.
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata rampasan itu dilakukan pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang kira-kira 5 pagi.
"Semasa operasi itu, suspek berusia 30-an bertindak melarikan diri dengan terjun dari lori yang masih bergerak selepas menyedari kenderaan dipandunya diekori anggota kami kerana disyaki membawa rokok seludup.
"Lori yang ditinggalkan terbabas dalam semak dan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan 1,690,000 batang rokok bernilai RM591,500," katanya pada sidang media di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam berkata rokok seludup itu disyaki dibawa dari negara jiran melalui jalan laut menggunakan kapal besar sebelum dipunggah dengan bot kecil ke darat.
"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan pemilik rokok dan lori tersebut. Rokok itu dipercayai akan diedarkan untuk pasaran di Lembah Klang dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM Kelantan
#kastam
#Rampas rokok seludup
#Jalan Kampung Gunong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan