awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sabah rampas lebih 100 kilogram syabu bernilai RM3.36 juta

Bernama
Bernama
30/07/2023
15:06 MYT
Kastam Sabah rampas lebih 100 kilogram syabu bernilai RM3.36 juta
Menurut Zazuli, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Rabu lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan.
Beliau berkata serbuan pada kira-kira 5 petang ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor itu, dilakukan pegawai dan anggota Cawangan Narkotik, Unit Operasi Penguatkuasaan, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam Sabah, hasil daripada maklumat risikan.
"Kontena tersebut mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi terhadap kontena itu, pasukan serbuan menemukan sembilan kotak disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine atau syabu.
"Kesemua dadah itu dibungkus menggunakan pembungkus jenama serbuk pencuci dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Zazuli berkata tiada tangkapan suspek dibuat pada masa ini, namun usaha mengesan dan menyiasat pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera iaitu di sebuah kondominium di Likas di sini.
Menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.
Sementara itu, beliau berkata setakat 25 Julai lepas, JKDM Zon Sabah merampas sebanyak 122.91 kilogram dadah bernilai RM7.66 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#Kastam Sabah
#rampas syabu
#Pelabuhan Sepanggar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan