awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
08/02/2026
09:15 MYT
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin (tiga, kiri) selepas Majlis Pelancaran Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK).
KUALA LUMPUR: Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) mencatat kutipan hampir RM4 juta sejak Januari hingga kini, sekali gus mencerminkan sokongan menggalakkan orang ramai terhadap inisiatif kebajikan yang dinaungi institusi diraja Kedah.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah, TASK ditubuhkan dengan perkenan dan keprihatinan Sultan Kedah sebagai sebuah platform amanah bagi membantu rakyat, khususnya golongan B40 yang memerlukan di negeri itu.
“Kami sangat berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menyumbang lebih RM4 juta pada hari ini. Yang mana kami pun tak jangka akan dapat banyak seperti ini.
“Sehingga akhir tahun 2025, sejumlah RM2.04 juta telah diagihkan bagi memberi manfaat kepada komuniti di Kedah,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran TASK di Bukit Kiara di sini, pada Sabtu.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, dan Sultanah Maliha Tengku Ariff, berkenan hadir pada majlis berkenaan.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mengulas lanjut, Tengku Sarafuddin Badlishah bertitah, platform itu adalah satu amanah untuk membantu rakyat, khususnya golongan yang memerlukan, selain bertujuan untuk memperkukuhkan kesejahteraan sosial di negeri Kedah.
“TASK telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2022 dan mula beroperasi pada penghujung 2023 dan diperbadankan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2025.
“TASK bernaung di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan dipimpin oleh saya sebagai Presiden,” titah baginda.
Dalam pada itu, Tengku Sarafuddin Badlishah turut memaklumkan bahawa TASK telah menerima kelulusan pengecualian cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan bagi tahun 2025 dan 2026, sekali gus meningkatkan keyakinan penyumbang terhadap ketelusan pengurusan tabung berkenaan.
“Permohonan akan dibuat untuk tahun-tahun akan datang. TASK amat komited kepada ketulusan dan akauntabiliti dalam semua operasi," titah baginda.
Mengulas lanjut, baginda turut menjelaskan bahawa TASK perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada sumbangan yang diterima selaras dengan ketetapan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan komited untuk memastikan agihan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
TASK beroperasi berlandaskan enam teras strategik utama yang menjadi panduan pelaksanaan program dan bantuan antaranya iaitu pendidikan; kesihatan dan kesejahteraan; kebajikan sosial; sukan; pemuliharaan alam sekitar; dan perlindungan haiwan.
Topic Berkaitan
#raja muda kedah
#task
#golongan B40
#Tengku Sarafuddin Badlishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan