awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sabah rampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta

Bernama
Bernama
01/02/2013
07:11 MYT
Kastam Sabah rampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta
Kastam Sabah berjaya merampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta, yang terbesar seumpamanya di Sabah sejak lima tahun lalu, dalam serbuan serentak di dua rumah di Kampung Keramat, Semporna semalam.
Timbalan Pengarah Kastam, Sabah Hamzah Sundang berkata dalam serbuan pukul 2.30 pagi bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu mereka turut menahan dua lelaki warga asing dipercayai pemilik rokok terbabit.
"Suspek berusia 55 dan 39 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) dan (e) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Rampasan membabitkan 182,180 bungkus rokok pelbagai jenama, katanya.
Menurut Hamzah operasi integrasi antara Kastam Diraja Malaysia dan APMM itu merupakan yang pertama sebagai menyahut gesaan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa agar usaha membanteras penyeludupan dilaksana menerusi strategi Lautan Biru.
Topic Berkaitan
#Kastam Sabah
#rampas rokok
#RM1.7 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan