awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM

Bernama
Bernama
12/05/2023
15:10 MYT
Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM
Zazuli berkata laporan masih belum lengkap dan pihaknya perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada ABF bagi melengkapkannya. - Gambar Bernama
BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menghantar laporan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 3 Mei lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata namun laporan itu masih belum lengkap dan pihaknya perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada Pasukan Sempadan Australia (ABF) bagi melengkapkannya.
"Kita sedang mengambil langkah susulan.....setakat ini tiada tangkapan berhubung kes itu di negara ini.
"Kalau ikut maklumat dari Australia, dadah itu yang diikrar sebagai panel solar transit di Malaysia dan ia dibawa dari negara segi tiga emas (Golden Triangle) dan kami sedang dapatkan maklumat lengkap dari Australia iaitu dari mana (alamat lengkap) dadah tersebut," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Media sebelum ini, melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan dilaporkan berkata ABF berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, yang masing-masing seberat 500kg.
Ekoran itu, kerajaan memberikan tempoh maksimum dua minggu kepada JKDM bagi mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata, kejadian itu menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem kerajaan yang sepatutnya mampu mengesan kegiatan berkenaan, namun gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABF
#JKDM
#heroin
#segi tiga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan