awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam tahan tiga warga Jepun cuba seludup ganja bernilai lebih RM4.2 juta

Bernama
Bernama
29/11/2025
05:21 MYT
Kastam tahan tiga warga Jepun cuba seludup ganja bernilai lebih RM4.2 juta
Pemeriksaan Kastam mendapati bunga ganja disorok dalam bungkusan makanan kering dalam bagasi milik lelaki warga Jepun yang ditahan di KLIA pada 18 Nov lepas. - Foto Kastam KLIA
KUALA LUMPUR: Cubaan tiga lelaki warga Jepun menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja seberat 43.36 kilogram bernilai lebih RM4.2 juta gagal, selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Nov lepas.
Pengarah Kastam KLIA Zulkifli Muhammad berkata penahanan tiga lelaki berumur 19 hingga 42 tahun itu dibuat selepas enam bagasi milik mereka diimbas dan pemeriksaan menemukan beberapa bungkusan plastik yang mengandungi tumbuhan disyaki dadah jenis bunga ganja.
"Pemeriksaan mendapati bunga ganja itu disorokkan di dalam bungkusan makanan kering di dalam enam bagasi milik lelaki terbabit.
"Barang kes seterusnya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli bekata kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan akan dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Justeru, beliau menggesa orang ramai untuk membantu memerangi jenayah penyeludupan dan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan, serta menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam KLIA
#Dadah
#bunga ganja
#KLIA
#warga jepun
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan