KUALA TERENGGANU: Seorang ibu muda sanggup merantau hingga ke Jakarta, Indonesia demi mencari ilmu membaik pulih kasut dan beg tangan lusuh sekali gus menjadikan bidang itu sebagai sumber rezeki bagi membantu menambah pendapatan keluarganya.
Aini Eliani Khalid, 28, berkata beg tangan dan kasut juga memerlukan rutin penjagaan khas seperti menggunakan losen dan syampu khusus untuk memanjangkan jangka hayatnya supaya terus menjadi koleksi kesayangan pemiliknya.
"Walaupun nampak mudah, hakikatnya kerja mencuci dan mengecat semula barangan itu memerlukan ketelitian kerana perlu sentiasa cermat memandangkan ada beg tangan dan kasut yang dihantar daripada jenama terkenal berharga ribuan ringgit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tualang di sini baru-baru ini.
Disebabkan itu, beliau sanggup meningkatkan kemahiran diri dengan menyertai pelbagai kursus hingga ke luar negara bagi memastikan tahap kemahirannya setanding dengan individu atau syarikat lain yang turut menawarkan khidmat sama.
Aini Eliani yang memiliki seorang anak berkata beliau mengambil peluang menubuhkan syarikat 'Shoelab Services' bagi membantu orang ramai membaik pulih kasut dan beg tangan lusuh supaya menjadi 'baharu' memandangkan perkhidmatan seumpama itu masih belum ada di Terengganu sebelum ini.
"Sebut sahaja apa material kasut atau beg tangan sama ada kanvas, kulit, baldu, nilon atau PVC, saya akan bersihkan sehingga pelanggan berpuas hati. Upah tidak mahal kira-kira RM20 hingga RM60 untuk khidmat cuci sahaja dan RM60 hingga RM150 untuk mengecatnya semula.
"Barangan ini perlu melalui proses perawatan tertentu sama seperti di spa kecantikan. Dimulakan dengan membuang habuk dan kotoran, dicuci, dilap, dikeringkan dan ia perlu dilakukan berulang kali demi hasil yang optimum," katanya.
Menurutnya setiap kasut dan beg tangan yang dihantar juga perlu dijaga seperti milik peribadi sepanjang proses rawatan kerana pemiliknya pasti mempunyai nilai sentimental tersendiri sehingga sanggup menyimpan barangan itu sebagai koleksi kesayangan.
"Sejak bermula pada Februari 2019, kira-kira 800 pelanggan telah mendapatkan khidmat profesional ini dan sambutan juga semakin memberangsangkan kerana mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ditanya mengenai cabaran dalam bidang berkenaan, Aini Eliani berkata beliau pernah menerima kasut yang sangat lusuh kerana terbiar lama, terdapat katak di dalamnya serta berbau terlalu busuk dengan banyak kesan najis haiwan.
"Alah bisa tegal biasa, itulah yang perlu dihadapi dalam bidang 'spa kasut dan beg tangan' ini namun semua penat lelah itu berbaloi selepas melihat pelanggan tersenyum gembira dengan hasilnya.
"Selain promosi menerusi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram, perniagaan saya juga banyak dibantu oleh promosi mulut ke mulut pelanggan yang berpuas hati dengan sentuhan saya," katanya yang meraih purata pendapatan bulanan antara RM3,500 hingga RM4,000.
Sebagai usahawan muda, Aini Eliani juga bersyukur kerana perniagaannya mendapat sokongan daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan SME Corporation Malaysia.
"Saya menerima geran pembiayaan daripada YPU melalui Program Usahawan Graduan Sejahtera sebanyak RM12,000 dan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera daripada SME Corp sebanyak RM15,000.
"Selain itu, saya juga pernah mengikuti kursus bimbingan keusahawanan daripada Institut Keusahawanan Negara Berhad dan Majlis Amanah Rakyat mengenai selok-belok dunia perniagaan," katanya yang berhasrat mencipta syampu, bahan cucian dan losen pelembap khas untuk kasut dan beg tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Aini Emelakukan perkhidmatan mencuci kasut milik pelanggannya dengan rutin penjagaan khas seperti losyen dan syampu khusus untuk memanjangkan jangka hayatnya. - Foto BERNAMA
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh
Pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Kasut, beg tangan lusuh jadi sumber rezeki ibu muda
Beg tangan dan kasut juga memerlukan rutin penjagaan khas seperti menggunakan losen dan syampu khusus.
Banjir: Dua ibu terpaksa berpantang di PPS
Bagi Rosita, banjir kali ini lebih teruk berbanding 18 Disember lalu dan sudah biasa dipindahkan di PPS.
COVID-19: Ibu muda mati dalam kereta ketika menunggu rawatan di hospital India
Saksi memberitahu ternampak rakan wanita itu berlari-lari meminta bantuan namun tiada siapa mempedulikannya.
Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang
Kejadian dipercayai berlaku sekitar April lalu dan mangsa mendakwa lelaki tersebut telah merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah bilik di hotel.
Bunuh anak sendiri: Ibu muda tukar pengakuan tidak bersalah
Aida Amira yang didakwa membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun pada awal bulan lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.