awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh anak sendiri: Ibu muda tukar pengakuan tidak bersalah

Bernama
Bernama
27/09/2016
05:22 MYT
Bunuh anak sendiri: Ibu muda tukar pengakuan tidak bersalah
Aida Amira yang didakwa membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun pada awal bulan lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. -Gambar hiasan
Seorang ibu muda yang didakwa membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun pada awal bulan lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Pengakuan itu dibuat Aida Amira Harun, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim M. Vijayalakshmi.
Tertuduh sepatutnya dijatuhkan hukuman pada hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 22 Ogos lalu.
Dia yang ketika itu belum diwakili peguam, didakwa menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Ainul Solehah Mohd Husamuddin.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani antara 9.10 malam hingga 9.40 malam pada 10 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Mahkamah menetapkan 25 Okt sebagai tarikh sebutan kes bagi tujuan serahan dokumen berkaitan.
Pendakwaan dikendalikan Izzah Munirah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hezeri Hamid.
Topic Berkaitan
#Aida Amira Harun
#anak perempuan berusia dua tahun
#ibu muda
#membunuh secara tidak sengaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan