KUALA TERENGGANU: Keikhlasan doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang 16 hari menerima rawatan akibat COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini meninggalkan kesan mendalam buat Syahril Hirman Azmee, 42.
Meskipun tiada pertalian darah dan tidak mengenali antara satu sama lain, layanan diberi doktor dan jururawat di hospital itu sangat baik dan mesra.
"Layanan, kata-kata semangat dan keyakinan yang diberi bahawa saya akan sembuh adalah 'azimat' yang menguatkan saya melawan sakit COVID-19 sepanjang 16 hari di hospital termasuk tiga hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Syahril Hirman yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Pusat Pengurusan Makmal Berpusat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan positif pada 17 Mei lepas setelah mengalami simptom sesak nafas, selera makan berkurangan dan demam dan disahkan kontak rapat rakan sekerjanya yang juga positif COVID-19 sebelum ini.
Beliau berkata tempoh paling kritikal dan mendebarkan baginya adalah ketika mahu 'ditidurkan' disebabkan sebahagian paru-paru telah dijangkiti virus dengan peluang untuk hidup hanyalah 50-50 sahaja.
"Saya diberi peluang membuat panggilan bersama ibu sebelum 'ditidurkan' dan ibu pesan agar saya melafaz kalimah syahadah, ingat Allah dan banyak zikir.
"Namun, doktor dengan tenang menyakinkan saya akan sembuh seperti biasa kerana tidak merokok, tidak ada sejarah penyakit dan menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif selama ini. Kata-kata itu sangat membantu saya menguatkan emosi sebelum proses intubasi dilakukan," katanya.
Selepas sedar, Syahril Hirman dipindahkan ke wad biasa apabila paru-parunya menunjukkan perkembangan positif dan doktor menyifatkan dirinya sebagai antara pesakit COVID-19 tahap empat yang bertuah dan dibenarkan keluar pada 1 Jun lepas.
Beliau berkata kesan terhadap kesihatannya tetap ada kerana cepat berasa penat terutamanya ketika naik tangga dan tidak boleh berjoging pantas seperti sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Meskipun tiada pertalian darah dan tidak mengenali antara satu sama lain, layanan diberi doktor dan jururawat di hospital itu sangat baik dan mesra. - Gambar hiasan
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.