Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh jutawan komestik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, menafikan dia menerima RM30,000 daripada tertuduh pertama, N.Pathmanabhan sebagai upah bagi 'kerja-kerja' dilakukan pada malam kejadian bunuh itu didakwa berlaku.
R.Kathavarayan, 33, membuat penafian itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam keterangannya sebelum ini, tertuduh keempat berkata dia menerima RM30,000 dari Pathmanabhan pada 3 Sept 2010 untuk menyiapkan kerja pembinaan di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting.
Kathavarayan diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 44, T.Thilaiyalagan, 22, dan R.Matan, 23, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kathavarayan seterusnya tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sebenarnya telah dibunuh pada 30 Ogos 2010 antara 8.30 malam dan 9.45 malam dengan cara ditikam di tengkuk oleh Thilaiyalagan.
Tertuduh keempat juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa Thilaiyalagan telah menutup muka keempat-empat individu itu dengan tuala sebelum menikam mereka.
"Awak ada dengar Pathmanabhan beritahu Thilaiyalagan bunuh Sosilawati dulu sebab dia nak tengok Sosilawati mati depannya," kata Ishak, dan Kathavarayan menjawab tidak setuju.
"Saya katakan awak, Thilaiyalagan, Matan, U.Suresh dan S.Sarawanan telah angkat mayat empat orang ini yang telah ditikam dan diletakkan di atas susunan kayu untuk dibakar," kata Ishak.
"Tidak setuju," jawab tertuduh keempat.
Suresh, 30, dan Sarawanan, 23, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka kerana kesalahan melupuskan bukti berkaitan kes pembunuhan itu.
Kathavarayan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa dia telah memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max bernombor pendaftaran WSF 8707 untuk membuang abu mayat empat individu tersebut pada 31 Ogos 2010.
Tertuduh keempat bagaimanapun mengakui bahawa Pathmanabhan telah mengarahkan kenderaan itu dicuci sebelum ia dirampas oleh pihak polis bagi menghilangkan bahan bukti.
Kepada soalan lain Ishak, Kathavarayan berkata Pathmanabhan telah membawa wang tunai kira-kira RM1 juta ke rumahnya (Pathmanabhan) pada pagi 3 Sept 2010.
"Di pertengahan perjalanan, saya telah diturunkan berhampiran kereta saya dan Pathmanabhan beritahu dia nak serahkan duit di rumahnya," kata tertuduh keempat sambil menambah dia tidak tahu dari mana Pathmanabhan memperoleh wang itu.
Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, Khatavarayan berkata ketika pertama kali ditunjukkan gambar Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin oleh pihak polis, dia menyatakan tidak mengenali empat individu itu kerana telah diajar oleh Pathmanabhan.
"Maknanya kamu tipu polis," soal Saiful Edris, dan Kathavarayan menjawab "ya".
"Kamu tipu untuk selamatkan diri kamu," soal Saiful Edris, dan tertuduh keempat menjawab "tidak".
"Kalau kamu boleh tipu, maknanya cerita kamu dipukul, disepak, ditendang di dada, dipotong rambut dan diacukan pistol oleh polis pun tidak benarlah," kata Saiful Edris.
"Tidak setuju," jawab Kathavarayan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-100 bersambung pada 30 Jan.
Bernama
Sat Jan 26 2013
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah: 'Sosilawati telah meninggal dunia dan perayu adalah lakunya'
Rekod telekomunikasi, bukti forensik dan DNA membuktikan kehadiran jutawan kosmetik itu dan pembantunya di ladang kepunyaan N. Pathmanabhan.
Kathavarayan nafi terima RM30k sebagai upah bunuh Sosilawati
Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh jutawan komestik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, menafikan dia menerima RM30,000.