awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
USAID hentikan program bantuan luar berkuat kuasa 1 Julai - Rubio
DUNIA
Mesir, Qatar bincang usaha bersama hidupkan semula rundingan gencatan senjata Gaza
DUNIA
Kemboja catat kes ke-11 selsema burung H5N1 pada manusia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kawal akaun secara tidak sah: Tiga didenda RM5,000 setiap seorang

Bernama
Bernama
15/05/2025
12:10 MYT
Kawal akaun secara tidak sah: Tiga didenda RM5,000 setiap seorang
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kawalan ke atas enam akaun bank milik orang lain di pelbagai institusi kewangan tanpa kebenaran yang sah. - Foto hiasan
SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda tiga individu tempatan masing-masing RM5,000 atau penjara sebulan, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kawalan ke atas enam akaun bank milik orang lain di pelbagai institusi kewangan tanpa kebenaran yang sah.
Majistret Romario Jonoi menjatuhkan hukuman terhadap Kelvin Ting Yow Mei, 28, Yew Hoe Bin, 27, dan Yew Hoe Ung, 34, mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, pada kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Mei, satu serbuan telah dijalankan pasukan polis gabungan Unit Operasi Risikan Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Sibu, ke atas sebuah kediaman di Lorong Kiong Tung 19 dan merampas tiga unit komputer meja yang berada di bawah kawalan ketiga-tiga tertuduh.
Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga komputer itu, polis menemukan paparan notifikasi dan pelayar web perbankan yang berkaitan dengan enam akaun bank, di dua institusi kewangan yang kesemuanya bukan milik ketiga-tiga lelaki itu dan mereka tidak mempunyai sebarang kebenaran untuk mengawalnya.
Ketiga-tiga lelaki yang tidak diwakili peguam, membayar denda masing-masing.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan.
Seksyen 424A Kanun Keseksaan, satu seksyen yang baru diperkenalkan di bawah pindaan Kanun Keseksaan Malaysia, bertujuan menangani kesalahan berkaitan penyalahgunaan akaun bank untuk tujuan jenayah, terutamanya dalam kes penipuan dalam talian seperti aktiviti keldai akaun atau pemilik akaun keldai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawal akaun
#institusi kewangan
#tanpa kebenaran sah
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami