awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawal anjing untuk hindari rabies - Exco Perlis

Bernama
Bernama
14/12/2015
03:21 MYT
Kawal anjing untuk hindari rabies - Exco Perlis
Dari 27 Julai hingga 19 Nov lepas terdapat 56 kes gigitan anjing dilaporkan di seluruh Perlis dan dari jumlah itu hanya 16 kes disahkan positif penyakit anjing gila. - Gambar hiasan
Pemilik anjing di Perlis dinasihat mengawal dan memantau haiwan peliharaan mereka agar terhindar daripada penyakit anjing gila atau rabies.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Ahmad Bakri Ali berkata walaupun penyakit anjing gila di negeri itu terkawal, namun pemilik anjing masih perlu berwaspada.
"Perintah Kawalan Penyakit Anjing Gila di bawah Akta Binatang 1953 masih dikuat kuasa sebagai langkah berjaga-jaga sejak wabak Rabies di Perlis diwartakan pada 19 Ogos lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Bakri berkata pemilik anjing antaranya perlu memastikan anjing mereka dikurung dalam premis masing-masing dan tidak dipindahkan ke tempat lain tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Selain itu, pemilik haiwan juga perlu melaporkan segera jika anjing mereka mati dan membuat suntikan pencegahan anti-Rabies setiap tahun, katanya.
Katanya, Jabatan Veterinar negeri melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan kawalan bagi membendung wabak rabies daripada merebak termasuk meningkatkan imuniti anjing peliharaan melalui vaksinasi dan mengawal populasi anjing liar.
Ahmad Bakri berkata dari 27 Julai hingga 19 Nov lepas terdapat 56 kes gigitan anjing dilaporkan di seluruh Perlis dan dari jumlah itu hanya 16 kes disahkan positif penyakit anjing gila.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bakri
#anjing gila
#Perlis
#rabies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan