awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan PKPD di Petaling Jaya lebih mudah - PAT

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/05/2020
03:53 MYT
Kawalan PKPD di Petaling Jaya lebih mudah - PAT
Affendi berkata ATM amat berpuas hati dengan kerjasama semua pasukan penguat kuasa dan keselamatan yang dilihat semakin efisyen. Gambar fail/ Astro AWANI
Kawalan pihak berkuasa di Pasar Jalan Othman Petaling Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disifatkan lebih mudah mudah berbanding kawasan PKPD lain di Lembah Klang sebelum ini.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kerjasama yang diberikan penduduk di kawasan tersebut dalam mematuhi semua arahan sangat memuaskan.
"Di sini lebih mudah berbanding kawasan lain (di Lembah Klang) sebelum ini kerana terdapat lebih ramai penduduk tempatan berbanding warga asing.
"Arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dipatuhi selain penduduk memberi kerjasama tinggi kepada pasukan yang membuat kawalan di sini.
"Kawasan perumahan di sini juga agak teratur jadi itu yang membuatkan kerja kita (pihak berkuasa) lebih mudah," katanya ketika melakukan tinjauan di kawasan itu pada Isnin.
BACA: Pasar Jalan Othman, PJ diwartakan PKPD kelapan - Ismail Sabri
BACA: PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya
Mengulas mengenai penugasan pihak berkuasa di kawasan itu, beliau berkata ATM amat berpuas hati dengan kerjasama semua pasukan penguat kuasa dan keselamatan yang dilihat semakin efisyen berbanding sebelum ini.
"Kita lihat persefahaman tugas antara pihak berkuasa semakin baik dan sebarang isu berbangkit dapat diatasi lebih cepat," katanya lagi.
Beliau berharap agar masyarakat di kawasan itu terus mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk berkaitan ujian saringan agar tempoh PKPD tidak dilanjutkan lebih lama.
Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya merupakan kawasan kelapan diletakkan bawah PKPD bermula 10 sehingga 23 Mei depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada 5 Mei lalu dilaporkan berkata, sebanyak 24 kes COVID-19 daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dikesan di dua pasar di Petaling Jaya.
Beliau berkata, 23 kes direkodkan di Pasar Besar Jalan Othman dan satu kes di Pasar Taman Megah, Petaling Jaya.
BACA: KKM sahkan Pasar Awam Taman Megah ditutup sementara, peniaga positif COVID-19
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#operasi
#panglima
#PAT
#penugasan
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan