awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan sempadan Malaysia-Thailand diperkasa tangani Daish, penyeludupan

Bernama
Bernama
02/09/2016
08:57 MYT
Kawalan sempadan Malaysia-Thailand diperkasa tangani Daish, penyeludupan
HISHAMMUDDIN: Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi mengenal pasti kawasan panas dengan mengambil kira kekangan faktor geografi.
Pembinaan pagar dan tembok di sempadan Malaysia-Thailand penting bagi memperkasa kawalan sempadan daripada dibolosi militan Daish dan menyekat aktiviti penyeludupan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pagar dan tembok di kawasan perbatasan akan ditambah dan setakat ini kawasan sempadan sepanjang 111 km di Perak, Perlis dan Kedah telah sedia dibina tembok dan pagar.
"Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi mengenal pasti kawasan panas dengan mengambil kira kekangan faktor geografi seperti ketebalan hutan, kedalaman sungai dan faktor lain di kawasan sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di sini hari ini.
Hishammuddin berkata cadangan pembinaan pagar dan tembok di sempadan tersebut akan melibatkan kerjasama kerajaan Thailand dan ia akan dibincang dengan lebih terperinci pada Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thai (GBC MALTHAI) Ke-53 di Kuala Lumpur dijangka pada November ini.
"Antara perkara lain yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah rancangan meneruskan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Diraja Thailand di samping rancangan mengembangkan latihan bersama melibatkan negara Asean dan negara bersekutu, memfokuskan kepada operasi bantuan kemanusiaan dan bencana," katanya.
Beliau seterusnya berkata penyeludupan, pemerdagangan manusia serta ancaman militan Daish merupakan isu utama ketika ini yang dikaitkan dengan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.
"Bagi memperkukuhkan kawalan dan menguasai kawasan bergunung-ganang dan berhutan di sempadan itu, Tentera Darat telah mengatur gerak kira-kira 1,600 anggota tentera di sepanjang 640km sempadan Malaysia-Thailand," katanya.
Beliau berkata selain kerjasama dengan pelbagai negara lain, rakyat harus mempunyai kesedaran tinggi terhadap ancaman militan dan perlu bersama pihak berkuasa menangani ancaman kumpulan itu.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan akan meneruskan pembinaan dan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kelantan.
Hishammuddin berkata ketika ini pihaknya sedang membina 384 unit RKAT kelas G iaitu blok yang menempatkan anggota lain-lain pangkat di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu melibatkan kos RM98 juta dan dijangka siap akhir tahun depan. -- LAGI
HISHAMMUDDIN-SEMPADAN 3 (AKHIR) PASIR MAS
Kementerian juga bercadang membina 151 unit RKAT dengan kos RM67.5 juta di Kem Batu Melintang dan Kem Tumbi di Jeli yang bermula April tahun depan dan dijangka siap pada 2022, kata Hishammuddin. Bagi projek penyelenggaraan bangunan sedia ada, beliau berkata kementerian memperuntukkan RM1 juta untuk menyelenggara kem kawasan Briged Kelapan Infantri di Kelantan dan Terengganu. Beliau turut ditanya mengenai balu Allahyarham Kapten Husman Hussin, anggota Tentera Darat yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat tahun lepas, yang mendakwa terkilan nasibnya dan anak-anak tidak terbela selepas kematian suaminya. Hishammuddin berkata kementerian dan juga ATM telah menyempurnakan semua hak yang sepatutnya diterima oleh keluarga berkenaan. "Ini satu kes yang saya pantau sendiri, semua perkara yang menjadi hak kepada balu berkenaan (Siti Hazwani Ahmad) telah disempurnakan seperti pendahuluan gaji, insurans berkelompok, ganjaran pencen, faedah ganti cuti rehat...jumlah keseluruhan RM274,542 telah disampaikan kepada balu berkenaan. Selain itu, pencen terbitan bulanan RM916 sedang berjalan," katanya. Beliau berkata kementerian dan juga pihak lain boleh membantu sekiranya terdapat keperluan lain yang diperlukan keluarga itu.
Topic Berkaitan
#ancaman keselamatan
#daish
#Hishammuddin Hussein
#kawalan keelamatan
#penyeludupan
#sempadan Malaysia-Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan