awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan keselamatan ESSZone akan disemak semula - Pesuruhjaya Polis Sabah

Bernama
Bernama
04/03/2022
11:09 MYT
Kawasan keselamatan ESSZone akan disemak semula - Pesuruhjaya Polis Sabah
Kawasan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan disemak semula bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kawasan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan disemak semula bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
Beliau berkata proses semakan semula itu akan melibatkan perolehan maklumbalas serta pandangan semua agensi keselamatan terlibat, dan semakan ESSZone itu mungkin melibatkan perluasan kawasan perairan yang pada masa ini berada di bawah perintah berkurung bermula 6 petang hingga 6 pagi.
"Kita akan mengambil kira pandangan dari segala aspek sama ada daripada Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah dan pihak berkuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
"Pihak keselamatan juga sentiasa peka dan bersiap siaga terhadap isu-isu yang boleh menimbulkan provokasi daripada pihak yang berkenaan terhadap keamanan negeri Sabah," katanya.
Idris ditemui pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Sabah kepada ACP Peter Umbuas daripada ACP Ang Seow Aun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
Selain itu, majlis turut menyaksikan serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sabah kepada Ang daripada ACP Abdul Rahman Kassim dan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah kepada Abdul Rahman daripada ACP Jasmin Hussin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan keselamatan
#ESSZONE
#Zon Selamat Timur Sabah
#Polis Sabah
#Idris Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan