TANJUNG MALIM: Kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat diperluaskan sehingga sembilan kilometer daripada lokasi kejadian.
Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Zairul Fahmi Mohd Nazari berkata misi yang memasuki hari keempat itu disambung 8 pagi tadi.
"Hari ini kami fokus kepada jarak tersebut dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air, skin dive (selaman tanpa pakaian menyelam lengkap) dan pencarian di tebing sungai yang bertumpu kepada tebing-tebing sungai dan bantuan dua ekor anjing pengesan berserta tiga anggotanya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Zairul Fahmi berkata seramai 49 anggota pasukan penyelamat dan dua ekor anjing pengesan terlibat dalam operasi itu dan 26 daripada mereka adalah anggota bomba, termasuk daripada BBP Tanjung Malim dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Operasi ini turut dibantu tujuh anggota polis, tiga anggota daripada Rescue Bencana Malaysia yang membawa dron dan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia termasuk enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Slim," katanya.
BACA: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba
Sabtu lepas, mangsa Edward Grang Anak Jenggut yang berasal dari Sarawak ke lokasi itu untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.
Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan dengan berpakaian baju renang berwarna hitam bertompok hijau, selepas kanak-kanak itu hilang pada 5.06 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Seramai 49 anggota pasukan penyelamat dan dua anjing pengesan terlibat dalam operasi SAR mangsa yang dikhuatiri lemas di sungai dekat Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, pada Sabtu. - Gambar fail/JBPM Perak

JPJ tumpu program advokasi pelajar bawa kenderaan ke sekolah
Ini termasuk menyasarkan tempoh enam bulan bagi memastikan 23,000 individu berusia 16-35 tahun mematuhi peraturan jalan raya.
![[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan [LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701121817_Palestinianswalk.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Mahkamah Pakistan batal sabitan ke atas Nawaz Sharif
Pembatalan ini sekaligus menghapuskan salah satu halangan untuk Nawaz layak bertanding dalam pilihan raya Februari depan.
AWANI Ringkas: Kertas Putih Gaji Progresif dibentang hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perak peroleh RM21.1 juta royalti NR-REE
Ia dijangka akan terus meningkat apabila mineral tersebut perlu diekstrak di dalam negara sebelum dieksport ke luar.
AWANI Pagi: Pengakap | Kuasa Lebih 10 Dekad Satukan Belia Malaysia
Diskusi 8.30 pagi ini bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul, merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara dan Zairin Adam Abdul Aziz, Pengakap Kelana, berkait 10 dekad kewujudan Persekutuan Pengakap Malaysia.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

Nostalgia makan bertalam di Rumah Atap Kuning
Lebih menarik, masakan kampung yang enak dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia silam, sambil dikelilingi keindahan alam.

Petronas catat pendapatan rendah pada suku ketiga ketika purata harga direalisasi lemah
Perolehan menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).

Angka kematian rakyat Palestin di Gaza cecah 13,000 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mencecah 13,000 orang.

Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.

Gangguan seksual: Lelaki perlu lebih berani tampil buat laporan - Nancy
Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani, dengan segera tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 11,500
Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.

Hari-38 perang di Gaza: Angka kematian cecah 11,000 orang
Sekurang-kurangnya 11,540 rakyat Palestin telah terkorban ketika pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat memasuki hari ke-38 pada Isnin.

Situasi di Gaza membimbangkan, kekejaman mesti dihentikan - Zambry
Serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, justeru semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu.

Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.

Anak bantut: Kos hidup tinggi buatkan ibu bapa pilih makanan murah, tidak bernutrisi
Keadaan itu juga menyebabkan ibu hamil tidak mengambil nutrisi yang baik buat bayinya.

1,213 individu lapor alami gangguan seksual
Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merekodkan seramai 1,213 orang melaporkan gangguan seksual.