awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan Sungai Kim Kim telah dibersihkan sepenuhnya - Zuraida

Bernama
Bernama
24/06/2019
14:40 MYT
Kawasan Sungai Kim Kim telah dibersihkan sepenuhnya - Zuraida
Proses pembersihan Sungai Kim Kim di kawasan terjejas sepanjang 1.5 kilometer bermula 13 Mac dan berakhir sepenuhnya pada 17 Mac. - Gambar fail
Kawasan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang tercemar berikutan pembuangan sisa kimia sebelum ini telah dibersihkan sepenuhnya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata sisa berbahaya yang terkumpul telahpun dibawa ke Pusat Pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan.
Zuraida berkata demikian dalam satu kenyataan bagi memperbetulkan kenyataan awalnya kepada media hari ini yang menyebut kes pelajar sekolah di Pasir Gudang mengalami sesak nafas dipercayai berpunca dari sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim yang tidak diurus dengan baik.
Menurut Zuraida, beliau memperbetulkan beberapa fakta terdahulu berikutan maklumat terkini yang baru diterima.
BACA: Pencemaran Pasir Gudang: Kes sangat berbeza dengan Sungai Kim Kim
Zuraida dalam kenyataan terdahulu dilaporkan berkata siasatan awal bomba mendapati bahan kimia daripada sisa toksik yang diserahkan kepada kontraktor pembersihan masih terbiar dan tidak dihapuskan sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin sebelum ini dilaporkan mengesahkan Sungai Kim Kim telah bersih dan selamat setelah beberapa hari melalui kerja-kerja pembersihan.
BACA: Bencana Kim Kim: Kawasan tercemar sisa kimia dibersihkan
Proses pembersihan sungai di kawasan terjejas sepanjang 1.5 kilometer yang bermula 13 Mac itu, berakhir sepenuhnya pada 17 Mac, melibatkan pelbagai pihak termasuk tiga kontraktor yang dilantik serta pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersih
#bomba
#Johor
#kerja pembersihan
#maklumat terkini
#Pasir Gudang
#pelajar
#sekolah
#selamat
#sesak nafas
#siasatan
#sisa berbahaya
#sisa kimia
#sisa toksik
#Sungai Kim Kim
#tercemar
#Yeo Bee Yin
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan