YAN: Kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi di sini yang terjejas akibat tragedi kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas, masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai buat sementara waktu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata ini kerana, beberapa struktur binaan dan tanah di sekitar kawasan itu didapati turut runtuh sekali gus berubah landskap kawasan menyebabkan aliran air deras dan tidak terkawal.
"Dalam keadaan sekarang ini kita tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk kawasan ini lagi, ini agak membimbangkan dan banyak struktur yang tidak selamat," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian banjir kilat di Titi Hayun di sini hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan sebanyak 160 rumah di beberapa kampung dalam daerah Yan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat yang turun sejak petang Rabu itu.
Pada Khamis, BERNAMA melaporkan penduduk kampung di sekitar daerah ini menjadi trauma dengan keadaan banjir kilat yang berlaku itu setelah berhadapan situasi berkenaan sebanyak tiga kali selepas tragedi kepala air pada 18 Ogos itu.
Sehubungan itu, Suraya meminta kerajaan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempercepatkan pembinaan Empangan Sabo bernilai RM20 juta di kawasan Gunung Jerai, bagi menggantikan pokok dan batu yang bertindak sebagai penampan sebelum ini.
Beliau berkata empangan itu akan bertindak melambatkan pergerakan air seterusnya membantu mengurangkan kemusnahan di bahagian bawah dan kampung di sekitar situ.
Untuk rekod, pada 23 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan bagi kerja menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu, yang turut membabitkan pembinaan empangan itu fasa satu bernilai RM20 juta.
Dalam pada itu, Suraya menafikan dakwaan masyarakat setempat berhubung kelewatan kerja membersihkan dan mendalamkan sungai terlibat, sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat pada Rabu lepas di kawasan tragedi itu.
Katanya kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik kepada penduduk dan berharap mereka bersabar kerana tragedi yang berlaku itu disebabkan bencana alam.
"Siapa kata lambat, kita dah buat benteng batu di sepanjang sungai, tetapi semua batu dihanyutkan dengan air yang laju deras membawa batu dari atas ke bawah dan ke tepi, bukan pasal kita lambat, kita faham masalah mereka, tetapi perlu faham dengan alam," katanya.
Suraya berkata kerja membaik pulih dan membersihkan sungai sudah bermula pada pertengahan September lalu dan sehingga kini mencapai 65 peratus kemajuan dan dijangkakan siap pada awal November depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Suraya Yaacob (kiri) melihat kesan runtuhan akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Titi Hayun hari ini. - Foto BERNAMA
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Tragedi kepala air sukar dilupa, Titi Hayun kini hanya tinggal nama
TRAGEDI kepala air dahsyat yang melanda Taman Eko Pelancongan Titi Hayun, Yan, Kedah, pada Ogos 2021 akan terus kekal terpahat di dalam ingatan penduduk setempat.
Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun di Yan dilanda kepala air
Kawasan air terjun Titi Hayun dan Seri Perigi di sini sekali lagi dilanda kepala air berikutan hujan lebat pada petang Isnin.
Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air
Empangan Sabo di Yan kini telah 50 peratus pembinaannya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG
Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun.
Dua empangan sabo di Titi Hayun dan Tupah dijangka siap Jun 2023 - KASA
Dua empangan sabo yang akan dibina di kawasan Titi Hayun, Yan dan Tupah, Kuala Muda bermula pertengahan Januari tahun hadapan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.
Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi
Kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi yang terjejas akibat tragedi kepala air, masih tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai buat sementara waktu.
Tiga pusat peranginan di Yan masih ditutup, tidak selamat dikunjungi
Lokasi terbabit ialah Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar ditutup kepada orang ramai sejak Ogos lalu berikutan kejadian kepala air.
Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun.
Hentikan amalan khurafat, elak berlaku bala lagi di Gunung Jerai - Idris Ahmad
Idris menasihati semua pihak agar menghentikan amalan khurafat serta aktiviti pemujaan di beberapa kawasan di Gunung Jerai.