awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBAT bukan punca penurunan pelajar cemerlang SPM - Kamalanathan

Bernama
Bernama
04/03/2016
23:32 MYT
KBAT bukan punca penurunan pelajar cemerlang SPM - Kamalanathan
KAMALANATHAN: Saya percaya KBAT bukan punca turunnya jumlah pelajar cemerlang, walaupun sesetengah pihak berkata penerapan kaedah itu membuatkan peperiksaan menjadi semakin sukar. - Gambar fail
Penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bukan punca utama berlaku penurunan terhadap bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata kementeriannya kini sedang menganalisis semua mata pelajaran yang mencatatkan penurunan bagi mencari punca kemerosotan jumlah pelajar cemerlang dalam SPM lepas.
"Saya percaya KBAT bukan punca turunnya jumlah pelajar cemerlang, walaupun sesetengah pihak berkata penerapan kaedah itu membuatkan peperiksaan menjadi semakin sukar.
"KBAT ini adalah satu usaha kerajaan untuk memupuk sifat berfikir secara kritis dan analitikal terhadap para pelajar sebagai persediaan mereka untuk menghadapi alam universiti," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Hanya 9,721 orang atau 2.38 peratus calon SPM 2015 mencatatkan keputusan cemerlang berbanding 11,289 orang atau 2.63 peratus pada SPM 2014.
Terdahulu, Kamalanathan melawat pelajar cemerlang SPM 2015, Durga Gunasegaran, 18, di kediaman pelajar itu di sini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Rawang ini memperoleh 11A+.
Bercakap kepada pemberita, anak sulung daripada dua beradik itu berkata beliau bercita-cita menjadi pakar dalam teknologi nano dan mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Durga turut berkongsi rahsia kejayaannya iaitu mengutamakan disiplin dalam pelajaran dan rajin mengulang kaji.
Topic Berkaitan
#kamalanathan
#KBAT
#Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan